BERITA baik untuk semua! Sempena ulang tahun kedua portal berita Majoriti, kempen Langgan dan Menang dilancarkan di mana pembaca berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dengan nilai keseluruhan mencecah RM5 juta. Menerusi kempen selama 18 minggu ini, pelanggan berpeluang merebut banyak ganjaran lumayan antaranya hadiah utama pemilikan hartanah berupa sebuah kondominium OSK Property Holdings Berhad iaitu LEA by the Hills bernilai RM602,800, selain baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000, kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan pakej pelancongan ke Taiwan bernilai RM20,000. Bagi setiap langganan, anda turut akan menerima baucar Starbucks bernilai RM10 dan baucher Chef Wan Group of Restaurants bernilai RM30. Semua hadiah berkenaan dapat dimenangi sebaik menyertai kempen yang diadakan buat julung kalinya melalui langganan eksklusif setahun portal berita Majoriti pada harga RM30 sahaja, bermula 17 Ogos hingga 20 Disember 2023. Selain itu, pembaca yang baru melanggan atau sedia ada juga berpeluang memenangi hadiah mingguan. “Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa Majoriti meraikan ulang tahunnya yang kedua dengan pencapaian luar biasa, setelah memperoleh pembaca berdedikasi dan tanpa henti memberi sokongan sejak pelancarannya. Alex Yeow (tengah) bersama sebahagian warga kerja Majoriti. "Sambutan menggalakkan daripada pelanggan kami membuktikan adanya permintaan terhadap kandungan berita tepat dalam era digital dan ia tidak dapat disangkal lagi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Alex Yeow. Malahan, katanya, Majoriti sentiasa percaya pada kuasa maklumat untuk memperkasakan, menyatu padukan dan memberi inspirasi kepada masyarakat. "Komitmen kami adalah untuk menyampaikan berita yang tidak berat sebelah, boleh dipercayai dan terkini untuk membentuk kepercayaan dan kesetiaan terhadap pelanggan yang kami hormati. "Kami amat berterima kasih kepada sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan keyakinan yang diletakkan kepada platform kami. “Oleh itu, untuk menyambut peristiwa penting ini, kami sangat teruja untuk melancarkan kempen Langgan dan Menang sebagai penghargaan setinggi-tingginya kepada pelanggan setia sedia ada, selain ucapan mesra selamat datang kepada pembaca baharu. "Melalui Kempen Langgan dan Menang ini, kami berhasrat memberi ganjaran kepada pelanggan dan memupuk semangat kekitaan dalam komuniti pembaca Majoriti,” tambah Yeow. Kempen kali ini turut disokong oleh beberapa rakan kerjasama utama antaranya OSK Property Holdings Berhad, AEON Co (M) Bhd, OGAWA Malaysia, Berjaya Starbucks Coffee Sdn Bhd dan Chef Wan Group of Restaurants. Dalam pada itu, sejak dua tahun lalu, Majoriti berjaya menjalinkan hubungan dengan pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Grab Malaysia, Petronas Dagangan Berhad, Setel, Yoodo dan AEON Co (M) Bhd. Melalui kerjasama ini, Majoriti berupaya menawarkan kandungan menarik dan boleh dipercayai di samping menyediakan manfaat eksklusif buat pembaca dan pelanggannya. Kempen Langgan dan Menang memberi peluang luar biasa untuk pembaca memenangi pelbagai hadiah utama termasuk kondominium mewah bernilai RM602,800 iaitu LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor yang dibangunkan OSK Property Holdings Berhad. Ketua Pegawai Eksekutif OSK Property Holdings Berhad Ong Ghee Bin berkata, sebagai pemaju hartanah, pihaknya sangat teruja menjadi sebahagian daripada sambutan ulang tahun kedua Majoriti. "Penajaan hadiah utama bagi kediaman ini mencerminkan komitmen kami untuk membina bukan sahaja struktur, tetapi turut mencipta kenangan yang berkekalan untuk individu dan keluarga. "Malahan, kerjasama bersama Majoriti ini merangkumi kepercayaan kami dalam membentuk semangat masyarakat dan memperkayakan kehidupan,” ujarnya. Chung Eng Lee (tengah) bersama pasukan produk Majoriti. Sementara itu, sambutan pada kali ini menjadi lebih bermakna apabila Majoriti turut disokong oleh AEON Co (M) Bhd yang menjadi rakan kerjasama sejak permulaan kewujudan portal berita ini. Sebagai tanda penghargaan untuk pembaca setia Majoriti, salah satu hadiah utama disediakan iaitu e-hadiah AEON Co (M) Bhd berbentuk baucar bernilai RM50,000. "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca Majoriti atas sokongan yang hebat dan ini adalah cara kami untuk melahirkan penghargaan serta tanda terima kasih. "Ia terutamanya kepada pasukan Majoriti yang hebat yang mana kami berpeluang bekerjasama dengan baik selama ini. Selamat menyambut ulang tahun kedua," ujarnya. Dalam pada itu, penaja hadiah OGAWA Malaysia turut menambah sentuhan kemewahan mereka pada kempen tersebut kali ini menerusi dua unit kerusi urut VPresto OGAWA yang setiap satunya bernilai RM19,999. Kerjasama dengan OGAWA Malaysia mencerminkan komitmennya untuk meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan buat pembaca Majoriti, sekali gus menjadikan sambutan ulang tahun kini ini menjadi sesuatu yang tidak dapat dilupakan bagi pemenang bertuah. Timbalan Pengarah OGAWA Malaysia Leong Boon Hong melahirkan rasa terujanya menjadi sebahagian daripada kempen ulang tahun kali ini. “Di OGAWA, kami menyediakan hadiah yang mampu memberikan kelegaan dan kesejahteraan. Kami percaya bahawa keselesaan yang kecil mampu membawa kepada peningkatan besar terhadap kehidupan orang ramai. "Sama seperti peranan dimainkan Majoriti yang dilihat membawa nilai tambah kepada pembaca mereka, kami pula melakukannya melalui penawaran keselesaan yang inovatif,” katanya. Menerusi kempen Langgan dan Menang ini juga, 100,000 pelanggan pertama akan ditawarkan baucar Starbucks Kopi Bru saiz kecil bernilai RM10 daripada Berjaya Starbucks Coffee Sdn Bhd dan baucar bernilai RM30 daripada Chef Wan Group of Restaurants. “Kerjasama kami dengan Majoriti 7 benar-benar merupakan sinergi luar biasa yang menyatukan intipati kopi dan budaya membaca. "Perkongsian ini mencerminkan komitmen kami untuk memupuk hubungan bermakna dan meningkatkan kehidupan harian pelanggan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Berhad CEO dan Pengarah Urusan Berjaya Starbucks, Datuk Sydney Quays. Dalam pada itu, Pengarah Urusan De. Wan 1958 oleh Chef Wan, Andre Shum berkata, pihaknya sentiasa menekankan kepentingan untuk memastikan setiap pelanggan menikmati hidangan terbaik masakannya. "Konsisten adalah kunci kepada setiap kejayaan dalam dunia masakan. Majoriti juga konsisten dalam menyampaikan berita boleh dipercayai dan kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada sambutan ulang tahunnya,” ujarnya. Turut hadir pada pelancaran kempen kali ini ialah Pengurus Besar Kanan dan Ketua Produk Majoriti, Chung Eng Lee yang turut melahirkan penghargaan kepada rakan kongsi dan penaja atas kesetiaan mereka. “Kami mahu merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada rakan kongsi dan penaja dihormati atas sokongan tidak berbelah-bahaginya dalam kempen ini. "Kepercayaan mereka terhadap misi Majoriti untuk menyampaikan berita tidak berat sebelah membantu mengukuhkan lagi dan mengembangkan capaian platform kami kepada pembaca. "Kami amat berterima kasih atas sumbangan tidak ternilai daripada rakan kongsi dan sekalian penaja," katanya. Eng Lee turut berharap agar kerjasama terjalin itu dapat diteruskan di samping usaha berterusan Majoriti dalam memperkasakan pembacanya melalui kandungan berita dihasilkan. Dalam pada itu, Yeow dalam ucapannya turut menekankan mengenai kepentingan untuk menegakkan integriti kewartawanan secara berterusan. “Majoriti kekal komited untuk menegakkan standard kewartawanan tertinggi melalui penyediaan berita yang diteliti dan disahkan dengan baik buat pembacai. "Kami akan terus berkembang dan berinovasi, memanfaatkan teknologi dan kepakaran yang ada untuk memenuhi keperluan pembaca kami yang semakin berkembang,” katanya. Majoriti merupakan portal berita berbahasa Melayu di bawah SMG yang diperkenalkan pada 3 Oktober 2021, ketika negara sedang menghadapi pandemik Covid-19. Ia diwujudkan bertujuan untuk menyampaikan berita terkini dan kandungan bernas kepada pembacanya. Slogannya, Refleksi Tanpa Prejudis berfungsi sebagai panduan dan manifesto yang memberikan penekanan terhadap komitmennya untuk menyampaikan maklumat dan perspektif mengenai pelbagai topik yang mempunyai kepentingan umum meliputi berita tempatan dan antarabangsa, agama, sukan, jenayah, kehakiman serta politik. Kempen ini turut disokong oleh rakan medianya iaitu The Star, Star Biz7, mStar, Majoriti 7, Stesen Radio Suria FM dan 988 serta Spectrum Outdoor. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube