SESEORANG itu pasti gusar apabila storan di dalam telefon pintar sudah penuh dan 'pembersihan' besar-besaran perlu dibuat. Antara yang menjadi dilema adalah gambar kenang-kenangan di dalam galeri foto, sungguh berharga dan rugi rasanya jika hendak dipadam begitu sahaja. Namun melalui satu perkongsian di TikTok, pempengaruh teknologi, Ace Smartphone, berkongsi cara untuk mengelakkan storan telefon pintar anda daripada cepat penuh. Aplikasi di dalam telefon pintar. -Gambar hiasan Jawapannya ada pada aplikasi yang dimuat turun ke dalam peranti anda. Ayuh kita lihat bagaimana. Aplikasi yang sudah tidak lagi digunakan Sudah tentunya anda sering memuat turun (download) aplikasi tertentu dan selepas beberapa ketika, mungkin aplikasi itu tidak lagi diperlukan, ia pun dipadam. Walaupun begitu, memadam aplikasi itu sahaja tidak mencukupi, masih terdapat saki-baki cebisan aplikasi tersebut yang tertinggal walaupun ia sudah dikeluarkan daripada telefon pintar anda. Cebisan-cebisan aplikasi itu lambat laun akan memenuhkan storan telefon pintar anda. Buka 'Settings' di dalam iPhone. Jika anda pengguna iPhone, ini cara yang sebetulnya untuk memadam aplikasi secara total. Pertama, buka iPhone dan pergi ke 'Settings'. Kemudian tekan 'General', seterusnya tekan pula 'iPhone Storage'. Tekan 'General' dan seterusnya 'iPhone Storage'. Kini anda akan dapat melihat senarai aplikasi yang berada di dalam iPhone anda. Pilih aplikasi yang anda ingin padam. Selepas aplikasi sudah dipilih, tekan 'Offload App', dan kemudian baru tekan 'Delete App'. Tekan 'Offload App' dan 'Delete App'. Aplikasi tersebut akan dipadam sepenuhnya dari iPhone dan tidak ada lagi baki cebisannya yang tertinggal di dalam peranti anda. Selamat mencuba! - Ace Smartphone Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube