suria

Cara berkesan basuh bantal, lenyapkan kesan peta! Hasilnya nampak putih macam baharu, bau busuk pun hilang

Teknik membasuh bantal agar kelihatan seperti baharu.

LUARAN nampak cantik, tapi di dalam macam ‘peta’ yang menyakitkan mata!

Keadaan ini sering dihadapi ketika kita mahu menukar sarung bantal yang baharu.

Jika dibiarkan, bantal yang digunakan bukan sahaja tidak bersih malah akan mengundang pelbagai jenis penyakit.

Namun jangan risau, melalui satu perkongsian di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Nismira menjelaskan cara yang berkesan untuk membasuh sendiri bantal di rumah.

Bantal 'busuk' menjadi putih bersih selepas dibasuh.

Pertama, ayuh lihat bahan-bahan yang anda perlukan:

- Bekas kosong atau besen yang boleh memuatkan bantal anda.

- Serbuk penaik (baking soda)

- Boraks (campuran garam mineral konsentrasi tinggi, boleh dibeli daripada kedai runcit atau pasar raya)

- Sabun pencuci

- Air bersih

Bahan-bahan yang diperlukan.

Menurut Nismira, serbuk penaik digunakan untuk menaikkan warna putih bantal, manakala boraks untuk menghilangkan bau busuk.

Selepas anda sudah menyediakan semua bahan-bahan ini, ayuh kita lihat teknik untuk membasuh bantal agar jadi bersih seperti baharu dibeli.

1. Rendam bantal

Masukkan bantal ke dalam bekas atau besen untuk merendam bantal anda.

2. Isikan air dan masukkan bahan

Isi air dan masukkan serbuk penaik, boraks serta sabun pencuci.

3. Kocakan air rendaman bersama bantal

Pastikan air dan campuran bahan pencuci terkena secara menyeluruh pada bantal. Pastikan juga semua bahagian bantal basah direndam.

Bantal yang dibiar lama tanpa dibasuh akan mula kelihatan kekuningan.

Bantal yang dibiar lama tanpa dibasuh akan mula kelihatan kekuningan.

4. Biarkan bantal di dalam bekas

Sesekali balik-balikkan bantal itu, bayangkan pergerakan di dalam mesin basuh yang berputar untuk mencuci pakaian anda, begitu juga konsepnya di sini.

Hasilnya boleh dilihat selepas beberapa minit, kotoran akan tertanggal dan air pun bertukar warna kehitaman.

5. Bilas bantal dengan air bersih

Apabila bantal sudah diperhatikan bersih, boleh buang air kotor dari bekas itu dan bilas bantal menggunakan air bersih.

6. Jemur hingga kering

Setelah kebersihan bantal berada pada tahap yang memuaskan, jemur ia sehingga kering.

Hasilnya pasti akan memeranjatkan anda. Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain