MALANG tidak berbau! Disengat binatang berbisa boleh berlaku pada bila-bila masa berserta kesakitan yang sukar diungkapkan. Bayangkan anda hendak memakai kasut dan tanpa disedari ada lipan bara yang sedang 'berteduh' di dalamnya, sudah tentulah kena sengat. Jika anda terjebak dalam situasi cemas sebegitu, apa yang harus dilakukan? BIsa dari sengatan lipan akan meninggalkan rasa sakit yang tidak terperi. Melalui satu perkongsian di TikTok, seorang lelaki yang dikenali sebagai Zekdi Wandy berkongsikan tip untuk membantu melegakan rasa sakit berdenyut akibat disengat lipan. Ayuh kita lihat caranya! Cara untuk melegakan rasa sakit disengat lipan. Air suam Menurut Zekdi Wandy, pertama ambil air suam yang bersuhu antara 35 hingga 40 darjah Celcius, letakkan ke dalam satu bekas. Rendam bahagian yang disengat lipan, misalnya kaki ke dalam air suam tersebut selama 30 minit. Air panas dapat membantu memperlahankan reaksi agresif daripada bahan kimia yang terkandung dalam bisa sengatan lipan bara tersebut. Selepas rasa sakit mula surut sedikit, terus dapatkan rawatan dari klinik berdekatan kerana berkemungkinan ada komplikasi alahan dari bisa tersebut. - Zekdi Wandy Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube