KERAP kita dengar tentang gambar yang dihantar melalui WhatsApp akan berkurang kualitinya, imej kelihatan 'pecah' dan tidak beresolusi tinggi. Kebiasaannya orang ramai akan menggunakan alternatif seperti Telegram atau bagi pengguna iPhone, platform AirDrop untuk menghantar gambar kerana kualiti akan lebih baik. Namun, cara sebegini kebiasaannya akan terasa renyah untuk dilakukan, harus dua kali kerja pula untuk proses yang sepatutnya mudah. Kualiti gambar antara faktor penting ketika berkongsi momen bersama rakan di media sosial. -Gambar hiasan Walaupun begitu, kini anda tidak perlu lagi risau kerana ada tip sebenarnya untuk membolehkan anda menghantar gambar melalui WhatsApp tanpa menjejaskan kualitinya. Melalui satu perkongsian di TikTok oleh AF7ECH, gambar yang dihantar secara terus melalui WhtatsApp akan pecah kerana adanya proses pemampatan (compression). Ayuh kita lihat teknik yang dikongsikan oleh AF7ECH itu. Nota tambahan, teknik yang dikongsikan tersebut adalah khusus untuk pengguna telefon pintar iPhone, jangan sedih-sedih ya. 1. Pilih gambar yang ingin dihantar Buka 'Photos' dan pilih mana-mana gambar yang diingini. 2. Tekan butang 'Share' Pada bahagian bawah gambar itu, tekan butang 'Share'. Kemudian, tekan butang 'Save to files'. Tukarkan gambar kepada bentuk 'File' terlebih dahulu. 3. Buka WhatsApp Seterunya, kembali semula ke WhatsApp. Pergi ke 'Chat' yang anda ingin hantar gambar tersebut. Tekan butang '+' dan kemudian tekan butang 'Document'. Hantar gambar dalam bentuk 'File' ke WhatsApp. Cari gambar yang anda sudah masukkan ke dalam 'File' sebentar tadi, Apabila sudah jumpa, buka gambar berkenaan dan tekan butang 'Send' untuk menghantar gambar itu. Kini gambar anda di WhatsApp tidak akan 'pecah' dan kualitinya terjamin. Selamat mencuba! - AF7ECH Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube