suria

Elak kebakaran ketika isi minyak, nyahcas elektrik dulu! Lelaki ini kongsi caranya, mudah tapi ramai tak tahu

Seseorang itu harus sentiasa berwaspada ketika mengisi minyak kenderaan. -Gambar hiasan (kanan)

UMUM mengetahui stesen minyak adalah tempat berisiko kerana menyimpan bahan mudah terbakar dalam kuantiti yang banyak.

Piawaian keselamatan seperti larangan merokok sudah tersedia untuk mengelak daripada berlakunya kejadian tidak diingini seperti kebakaran.

Walaupun begitu, melalui satu perkongsian di akaun TikTok Pak Haji Petronas, ternyata ada satu lagi tip keselamatan di stesen minyak yang tidak diketahui ramai.

Setiap kenderaan memerlukan bahan api untuk beroperasi. -Gambar hiasan

Menurut penasihat keusahawanan itu, di bahagian luaran kereta yang diperbuat daripada logam, wujud elektrostatik yang boleh menghasilkan percikan api dalam keadaan tertentu.

Perkara itu sangat berbahaya terutamanya apabila anda hendak mengisi minyak petrol untuk kenderaan anda.

Namun, jangan risau, teknik yang dikongsikan Pak Haji Petronas ini boleh membantu melindungi anda daripada ancaman elektrostatik tersebut.

Pak Haji Petronas menjelaskan tip keselamatan sebelum mengisi minyak kenderaan.

Menyahcas elektrostatik

Menurut lelaki ini, lekstrostatik boleh dinyahcaskan apabila adanya sesuatu sambungan atau aliran ke bumi.

"Jadi apabila kita nak isi minyak, pertama sekali tutup enjin. Lepas tu, apabila turun dari kereta, benda penting kita kena buat adalah sentuh badan kereta dengan tangan.

"Melalui sentuhan ini, elektrostatik dari kereta akan mengalir ke dalam badan kita dan turun ke dalam tanah bumi melalui kaki kita. Kini elektrostatik tu dah jadi neutral.

"Selain itu, seperti biasa, jangan hisap rokok dan jangan main telefon pintar apabila tengah isi minyak," jelas Pak Haji Petronas. - Pak Haji Petronas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain