suria

Panas macam mana pun jangan pasang ‘aircond’ dan kipas serentak, bazir je! Rumah tetap hangat

Pendingan hawa dan kipas siling tidak wajar dibuka pada masa yang sama.

PADA hari cuaca panas, pendingin hawa dan kipas siling pasti akan diputarkan ke tahap maksimum.

Suhu nyaman di dalam rumah adalah satu kemestian agar kita itu dapat berehat dan bersantai dengan selesa.

Namun begitu tahukah anda, membuka pendingin hawa dan kipas siling secara serentak adalah tidak digalakkan kerana boleh melambatkan proses menyejukkan bilik.

Pendingin hawa adalah satu kemestian di hampir setiap rumah. -Gambar hiasan

Mengapakah begitu? Pertama, anda harus fahami konsep asas bagaimana pendingin hawa itu berfungsi.

Konsep utama di sebalik pendingin hawa adalah untuk menyedut keluar udara panas di dalam bilik dan menggantikannya dengan udara sejuk, ia adalah satu kitaran udara yang harmoni.

Namun begitu, jika anda memasang kipas siling sambil pendingin turut dihidupkan, kitaran udara itu akan menjadi berkecamuk.

Kitaran udara ketika hanya pendingin hawa dibuka dan kipas siling ditutup.

Boleh rujuk lakaran rajah yang dibuat seorang juruteknik Mohamad Noramin Mat di bawah untuk gambaran lebih jelas.

Capaian udara sejuk daripada pendingin hawa tidak dapat disebarkan dengan sekata ke seluruh bilik dan udara panas di dalam ruang itu juga tidak dapat disedut keluar dengan efisien.

Selain itu, angin daripada kipas siling juga akan menyebabkan partikel kecil atau habuk di lantai ternaik ke udara dan disedut masuk ke dalam pendingin hawa.

Kitaran udara ketika kedua-dua pendingin hawa dan kipas siling dibuka serentak.

Akhirnya penapis dalam pendingin hawa menjadi tersumbat dan apa yang keluar selepas itu hanyalah angin kosong, bukan lagi angin dingin.

Seterusnya bil elektrik anda akan mencanak naik kerana pendingin hawa yang sudah tersumbat terpaksa bekerja keras, sekali gus penyelenggaraan penghawa dingin terpaksa dilakukan dengan lebih kerap.

Kipas siling dibuka untuk menyamankan keadaan suatu bilik. -Gambar hiasan

Oleh itu, kesimpulannya, pilih satu sahaja cara untuk menyejukkan bilik anda, jika sudah dibuka pendingin hawa, jangan dibuka lagi kipas siling dan juga sebaliknya.

Moga perkongsian Mohamad Noramin ini dapatkan dimanfaatkan bersama!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain