LIPAS di dalam kereta pastinya merimaskan! Bayangkan anda sedang memandu dan haiwan perosak ini berleluasa merayap di dalam kenderaan. Semburan serangga biasa tidak akan memberikan kesan kerana hanya segelintir yang akan mati, dan untuk pengetahuan anda, lipas menetaskan ratusan telur setiap hari! Jika hendak dihantar ke pusat servis kereta untuk rawatan khas, perbelanjaan besar pula perlu dikeluarkan. Jadi bagaimana penyelesaiannya? Jangan mati akal, kerana melalui satu perkongsian di Facebook oleh Wajihah Derus Bilis Sabah, ada didedahkan tip mudah untuk membasmi lipas buat selama-lamanya. Ayuh kita lihat bagaimana caranya. Dua bahan yang diperlukan untuk menghapuskan lipas. -Gambar hiasan Penyediaan bancuhan Cukup mudah tekniknya, anda akan menyediakan perangkap lipas yang dapat membunuh mereka secara besar-besaran. Untuk membuat perangkap ini, anda memerlukan bancuhan yang terdiri daripada susu pekat dan air paip. Bancuh kedua-dua bahan ini, jangan dibiarkan terlalu cair, pastikan ia sedikit pekat. Masukkan bancuhan itu ke dalam bekas plastik dan letakkan ia di dalam kereta dan saksikan keberkesanannya. Biarkan ia di dalam kereta selama satu hingga dua hari untuk melihat lipas-lipas berkenaan masuk perangkap. Selamat mencuba! - Wajihah Derus Bilis Sabah Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube