SEBAIK sahaja berjaya memiliki rumah baharu, sudah semestinya perkara pertama yang akan dilakukan adalah membeli perabot. Dek kerana ruang tamu adalah tempat pertama yang akan kelihatan sebaik pintu dibuka, maka adalah lebih baik anda mempertimbangkan untuk membeli sofa terlebih dahulu. Memandangkan ia akan menjadi 'port' kegemaran untuk bersantai bersama keluarga mahupun tetamu, pemilihan sofa yang sesuai perlu dititikberatkan dengan mengambil kira pelbagai aspek terutamanya keluasan kediaman. ARTIKEL BERKAITAN: Teringin nak beli sofa baru? Ini 7 petua untuk mudahkan anda buat pilihan Kali ini, kami kongsikan tip bagaimana untuk memilih sofa yang sesuai bagi kediaman yang mempunyai ruang tamu kecil sebagaimana perkongsian seorang wanita, @deqlaaaaa di TikTok. Pilih sofa yang sesuai dengan keluasan ruang tamu agar tidak kelihatan sempit serta serabut. -Gambar hiasan 1) Pilih saiz sofa berdasarkan keluasan ruang Adalah penting untuk mengetahui ukuran ruang tamu terlebih dahulu sebelum membeli sofa bagi mengelakkan ruang menjadi sempit dek tersalah beli sofa. Iya, ada kalanya kita cenderung memilih sofa yang cantik dan terus membelinya kerana sudah berkenan namun seeloknya elakkan daripada terlalu mengikut kata hati. Dalam situasi ini, dua perkara yang perlu diberi perhatian adalah hallway (laluan) serta kedudukan pintu 2) Pilih warna dan reka bentuk berdasarkan tema kediaman Setiap individu pasti mempunyai warna kegemaran masing-masing. Namun anda lebih disarankan untuk memilih sofa dengan rona neutral. Selain sesuai dipadankan dengan apa jua tema, warna neutral tidak akan lapuk dan sentiasa relevan 3) Beli sofa bersaiz 3 atau 4 seaters Memandangkan ruang tamu mempunyai keluasan yang kecil, tidak sesuai jika mahu meletakkan set sofa 1+2+3. Set sofa ini bukanlah pilihan yang bijak. Selain menyebabkan ruangan sempit, ia juga membuatkan pemandangan di ruang tamu kelihatan serabut. Seeloknya pilihkan sofa yang mempunyai 3 atau 4 seaters, dan kemudian anda padankan dengan kerusi rekaan lain. Sekaligus naik seri! Fabrik, material dan ketahanan juga antara elemen yang perlu diberi perhatian sebelum membeli sofa. -Gambar hiasan 4) Pilih sofa berkaki Ini adalah 'trick' untuk membuatkan ruang tamu kelihatan lebih luas dan tidak serabut. Mudah juga untuk anda membersihkan lantai di bahagian bawah sofa 5) Fabrik, material dan ketahanan Ini juga antara elemen penting yang perlu diberi penekanan sebelum membeli sofa. Bayangkan selepas penat bekerja seharian di pejabat, anda pasti mahu melepaskan lelah di sofa yang empuk dan selesa 6) Multi-function Terdapat rekaan sofa yang ditambah dengan 'perabot extra' seperti meja kecil. Secara tidak langsung, ia boleh menjimatkan ruang dan tidak perlu lagi beli perabot asing. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube