suria

Jeragat semakin banyak? Kenal pasti dulu 5 punca, kemudian cuba buat masker dan toner guna ubi kentang

Masker dan toner ubi kentang dikatakan mampu menghilangkan jeragat.

SUDAH mencuba pelbagai produk, namun bintik-bintik hitam atau jeragat masih tak hilang!

Sudah pasti kehadiran jeragat membuatkan wajah kusam sekali gus menurunkan tahap keyakinan diri seseorang.

Sekadar maklumat tambahan, masalah jeragat timbul disebabkan beberapa punca iaitu:

1) Tidak mengamalkan rutin penjagaan wajah dengan betul atau konsisten iaitu mencuci, memakai penyegar (toner) dan pelembab

2) Keturunan

3) Umur. Seiring dengan peningkatan usia, semakin tinggi risiko ditumbuhi jeragat

4) Cahaya matahari. Disebabkan itu, kita disarankan untuk memakai pelindung UV setiap hari lebih-lebih lagi sekiranya aktif melakukan aktiviti di luar

5) Perubahan hormon, lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita apabila hamil, melahirkan anak, mengambil pil perancang dan sesetengah ubat-ubatan.

jeragat 3

Parut sebiji ubi kentang untuk menghasilkan air dan hampas.

Sampai bila mahu mengenakan solekan tebal untuk menutup cela dan noda di wajah?

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak percaya makan burung merpati boleh jadi cantik... Ini khasiat yang anda tak tahu!

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan panik kalau ‘sunburn’ di wajah... Ini petua hilangkan kesan dengan cepat, guna 2 bahan je

Berkut petua menghilangkan jeragat sebagaimana yang dikongsikan oleh @zuriaty_musa:

1) Ambil sebiji ubi kentang, bersihkan dan kupas kulitnya

2) Parut ubi kentang menggunakan pemarut sehingga halus

jeragat 2

Air ubi kentang yang ditapis boleh dijadikan sebagai toner.

3) Perah air ubi kentang menggunakan penapis. Asingkan airnya di dalam bekas lain dan simpan dalam peti ais di mana ia boleh tahan selama seminggu. Airnya boleh dijadikan semburan seperti penyegar

4) Hampas ubi kentang jangan dibuang, sebaliknya dicampur dengan aloe vera atau madu untuk dijadikan masker

5) Sapukan masker tersebut pada wajah dan biar setengah jam, kemudian bilas wajah dengan air bersih.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain