suria

Rumah jiran bersih, kediaman sendiri penuh tahi cicak... Rupanya salah pasang lampu!

lampu

BAYANGKAN apabila anda bangun tidur pada keesokan pagi, kelihatan banyak tahi cicak dan sayap kelkatu di atas lantai rumah atau balkoni.

Satu kerja pula mahu menyapu dan membersihkan lantai, siap ada yang melekat pula tu!

Kalau setiap hari terpaksa 'hadap' situasi yang sama, boleh bad mood jadinya.

Namun tahukah anda, kehadiran cicak mahupun kelkatu mempunyai kaitan dengan penggunaan lampu di kediaman kita?

Seorang pengguna Facebook, Muhd Hisyam merungkai punca bagaimana penggunaan lampu mempunyai kaitan dengan kehadiran haiwan serta serangga di rumah.

"Lampu kuning rumah jiran, lampu putih rumah saya. Apabila perhati, cicak suka dengan lampu putih, penuh tahi cicak bawah tu.

"Rumah jiran tak ada pula cicak sebab ia (cicak) tak suka lampu kuning atau serangga terbang (kelkatu) yang jadi makanannya tu tak suka," tulisnya dalam grup Tukang Apa Hari Ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 cara ini buat cicak ‘benci’ rumah anda! Salah satunya buat sendiri semburan, cuma guna 3 bahan mudah dan murah

Berikut merupakan huraian mengapa cicak dan serangga lebih tertarik kepada lampu putih:

Penjelasan dari segi teknologi

- Lampu pijar dan pendafluor beri cahaya putih puncak (peak light) bersama-sama warna lain pada kadar rendah.

- Lampu LED putih sebenarnya terdiri daripada tiga jenis LED iaitu merah, hijau dan biru di mana tiga cahaya LED ini bergabung menjadi satu warna (putih).

Penjelasan dari segi biologi

- Serangga lebih tertarik kepada cahaya putih yang menghala ke gelombang biru UV (band warna sekitar 6,000nm sehingga 10,000nm) kerana mata mereka lebih melihat kepada warna cahaya tersebut.

Maka, lebih banyaklah serangga terbang ke arah cahaya seperti itu berbanding cahaya LED kuning di mana band warnanya berada dalam lingkungan 3,000nm sehingga 5,000nm.

Seperti yang kita maklum, serangga ialah makanan cicak. Maka, tentulah cicak akan berkumpul di tempat yang banyak makanannya.

Selain cuba mengelakkan penggunaan lampu putih, berikut adalah beberapa petua yang dikongsikan ramai untuk menghalau cicak:

1) Caranya adalah dengan meletakkan salah satu bahan seperti bawang merah, bawang putih atau kulit telur di kawasan yang selalu dihampiri cicak, tukar dalam tempoh dua minggu sekali.

2) Menggunakan racun penyembur cicak yang boleh dibeli daripada kedai. Semburan penghalau ini mengandungi bahan toksik yang boleh membasmi cicak.

3) Menggunakan pelekat perangkap serangga. Cara ini yang paling mudah. Beli sahaja di kedai, kemudian letakkan sahaja di kawasan yang biasa dilalui oleh cicak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain