suria

Isinya dimakan, kulit pula dibuat racun serangga perosak! Seronok dapat tahu buah manggis sangat berguna

Kulit buah manggis yang direndam selama seminggu dapat dijadikan racun serangga DIY. -Gambar FB Mie Othman

SALAH satu buah-buahan tempatan yang digemari ramai adalah buah manggis.

Isinya yang berwarna putih dengan tekstur lembut, dipadu bersama rasa masam-masam manis cukup membuatkan penggemarnya kecur liur.

Mungkin ramai yang tidak tahu, selain isinya, kulit buah manggis juga mempunyai manfaat tersendiri iaitu menjadi bahan utama dalam penghasilan racun organik.

Racun organik yang dihasilkan secara semula jadi ini lebih selamat dan mampu mengatasi masalah tanaman yang diserang pelbagai serangga perosak seperti bena putih (white flies), ulat buah, kumbang pemakan daun, semut dan lain-lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah jiran bersih, kediaman sendiri penuh tahi cicak... Rupanya salah pasang lampu!

ARTIKEL BERKAITAN: Tak payah guna semburan serangga... semut cukup takut dengan 5 bahan di dapur anda!

Jadi, selepas makan buahnya, kulit manggis tadi usah dibuang terus sebaliknya dikumpul.

Seorang pengguna Facebook, Mie Othman, berkongsi cara-cara menghasilkan racun organik daripada kulit manggis. Mudah je!

racun diy

Racun serangga DIY daripada bahan semula jadi lebih selamat untuk tanaman. -Gambar hiasan

1) Ambil kulit manggis lebih kurang 10 biji, jemur sehingga kering.

2) Selepas kering, rendamkan bersama sebaldi air atau kira-kira enam hingga tujuh liter air. Rendam selama seminggu

3) Tapiskan dan ambil air rendaman kulit manggis tadi

4) Cara penggunaannya, ambil 10 mililiter (ml) air rendaman kulit manggis dan campur dengan satu liter air tanpa klorin

5) Masukkan di dalam botol penyembur. Boleh disembur pada tanaman dengan kekerapan dua kali seminggu

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain