suria

Tak perlu susah-susah nak berus... Ini petua mudah nak bersihkan lumpur, lendir siput sedut

Anda boleh menggunakan garam untuk membersihkan kotoran cengkerang siput sedut.

SEBUT sahaja tentang siput sedut masak lemak cili api, pasti kita terbayang keenakan hidangan popular itu tatkala ia dijamu bersama nasi panas.

Namun, proses untuk memasak siput sedut tidaklah semudah yang disangka kerana cengkerang haiwan itu biasanya dipenuhi sisa lumpur dan tanah daripada habitat asalnya.

Di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Keknaaaaaaaa berkongsi cara mudah yang dilakukannya untuk membersihkan siput sedut.

Cara-caranya:

1. Tuang semua siput sedut yang masih melekat dengan lumpur ke dalam bekas atau sinki.

2. Cuci dengan air sehingga sisa lumpur mula tanggal.

3. Selepas bersih dan tiada tanah, potong muncung siput sedut menggunakan gunting dalam 30 hingga 40 peratus. Jangan gunting terlalu pendek, nanti susah nak sedut isi siput.

file7eyuoyq8kia1f785z8bg

Siput sedut enak dimakan bersama nasi panas. -Gambar hiasan

4. Kemudian bilas siput yang dipotong menggunakan air.

5. Selepas itu, masukkan siput ke dalam sebuah bekas kosong.

6. Isi air dalam bekas itu dan taburkan segenggam garam.

7. Kacau/ gaul siput itu bersama garam dan tutup bekas berkenaan.

8. Selepas 30 minit, anda boleh melihat lendir-lendir siput sedut terapung pada permukaan air.

9. Kemudian, buang air dan bersihkan siput itu sekali lagi sebelum ia dimasak mengikut citarasa anda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan