suria

Jangan panik, 8 cara mudah sejukkan iPhone jika tiba-tiba panas

Peranti boleh bertukar panas secara tiba-tiba. -Gambar hiasan

SESETENGAH pengguna Apple iPhone mungkin pernah berdepan masalah suhu panas pada peranti mereka.

Malah, masalah ini turut dilaporkan berlaku kepada model terbaharu iPhone 15 yang baru dilancarkan September lalu.

Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang punca masalah ini.

Jika anda berada di lokasi dengan isyarat rangkaian yang lemah, iPhone perlu 'bekerja lebih keras' untuk mengekalkan sambungan, yang boleh menyebabkan ia menjadi terlalu panas.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya guna iPhone, pemuda tawar khidmat video kahwin dengan harga RM200 je... Jadual ’shoot’ pengantin penuh sampai Mei tahun depan!

Selain itu, penggunaan data berterusan, seperti penstriman video, memuat turun fail besar juga boleh menyebabkan iPhone menjadi terlalu panas.

Berikut mStar kongsikan lapan cara untuk menyejukkan peranti iPhone anda:

1. Aktifkan low power mode dalam tetapan bateri (battery setting).

2. Buka casing iPhone anda untuk mengelakkan haba terperangkap.

3. Turunkan brightness telefon anda.

4. Elak letak telefon di kawasan panas seperti dashboard kereta.

5. Boleh letakkan iPhone di atas lantai simen atau jubin untuk lima ke 10 minit.

6. Tetapkan iPhone anda ke Airplane mode buat seketika.

7. Tutup aplikasi yang tidak digunakan.

8. Jangan guna telefon ketika ia sedang dicaj.

Dilaporkan, Apple memaklumkan bahawa pihaknya mengenal pasti beberapa isu yang menyebabkan iPhone model baharu menjadi lebih cepat panas daripada dijangkakan.

Memetik laporan Reuters, tindakan diambil selepas menerima aduan mengenai model telefon pintar baharu itu yang cenderung untuk menjadi sangat panas.

Apple berkata, isu itu tidak memberi kesan kepada risiko keselamatan atau kecederaan, malah turut dikatakan tidak memberi kesan kepada prestasi jangka panjang telefon pintar berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain