BANYAK produk pewangi rumah boleh didapati di pasaran dengan harga yang pelbagai. Tapi jika anda mempunyai kerajinan untuk membuat pewangi sendiri, mungkin boleh cuba kaedah yang dikongsi oleh TikToker Simba Memory ini. Menurut Simba, pewangi do it yourself (DIY) itu berupaya membuatkan kediaman anda berbau harum seperti rumah jutawan. Bahan-bahan: 1. Bekas kaca/ gelas 2. Garam batu 3. Cengkih 4. Cecair pelembut pakaian 5. Kulit kayu manis Cengkih dan cecair pelembut pakaian turut digunakan dalam pewangi ini. Cara penyediaan: 1. Masukkan tiga sudu garam ke dalam bekas. 2. Tuangkan satu penutup cecair pelembut pakaian. 3. Kemudian masukkan beberapa kuntum bunga cengkih. 4. Tambahkan lagi dua sudu garam batu. 5. Tuangkan satu lagi penutup cecair pelembut pakaian. 6. Akhir sekali, bakar hujung batang kulit kayu manis. 7. Biarkan ia berasap, kemudian cucuk menegak ke dalam bekas campuran tadi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube