suria

Bukan saja sedap dibuat sambal, rupanya belacan boleh jadi baja pokok cili!

Belacan dan gula merah boleh digunakan sebagai baja untuk melebatkan pokok cili.

CILI merupakan salah satu elemen penting dalam masakan.

Bagi mereka yang rajin memasak, ada baiknya juga jika pokok cili ditanam di sekitar rumah.

Namun cili merupakan pokok yang sukar dijaga, maka ia memerlukan penggalak tanaman (plant booster) yang bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok.

Menurut Kebun Bandar, anda sebenarnya boleh menghasilkan baja menggunakan belacan dan gula merah untuk memastikan cili yang ditanam di sekitar rumah tumbuh dengan sihat.

03

Baja buatan ini perlu diperam dua minggu sebelum digunakan.

Bahan-bahan:

1. 100 gram belacan

2. 100 gram gula molases/ gula merah

3. Setengah liter air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan)

4. Botol 1.5 liter

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dengan isipadu 1 liter ke atas.

2. Kacau semua bahan sehingga sebati.

3. Masukkan sebatian ke dalam botol

file5vh04x85mzo188l41a5v

Hidangan pastinya bertambah enak jika ditambah cili. -Gambar hiasan

4. Tutup penutup bekas dengan kain kasa bekas tersebut.

5. Peram selama dua minggu.

6. Selepas diperam, kacau dan tapis ke dalam bekas baharu.

7. Sisa belacan itu boleh ditaburkan sekeliling pangkal pokok untuk dibuat baja.

Cara penggunaan:

1. 10 mililiter pati yang dihasilkan itu perlu pati dicampur air biasa sebanyak satu liter.

2. Selepas dimasukkan ke dalam botol, sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7 hingga 10 pagi atau lewat petang dengan kekerapan seminggu sekali.

05

Baja belacan juga boleh digunakan untuk tanaman lain.

Kebaikan baja belacan:

1. Menguatkan imunisasi pokok agar tidak mudah diserang penyakit

2. Menggalakkan pertumbuhan bunga

3. Mengelakkan bunga melekat dan tidak mudah gugur

4. Kaya dengan unsur kalium (K) untuk pokok

5. Menguatkan akar pokok agar mudah menyerap nutrien

Paling penting, jangan terhadkan kepada pokok cili sahaja, sebaliknya baja ini boleh juga digunakan untuk pokok bunga ros, sayur-sayuran dan buah-buahan seperti pokok tin dan lain-lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain