suria

Mana peminat Star Wars? Shell tawar enam koleksi terhad kereta kawalan jauh bermula Jumaat

Shell perkenal enam kereta kawalan jauh edisi terhad yang diinspirasikan daripada filem Star Wars.

FILEM sains fiksyen Star Wars yang diperkenalkan pada tahun 1977 masih mempunyai peminatnya yang tersendiri sehingga ke hari ini.

Populariti luar biasa siri francais itu memberi inspirasi kepada Shell Malaysia untuk memperkenalkan koleksi Star Wars Racers Shell iaitu enam kereta kawalan jauh yang mula menemui peminat pada Jumaat.

Menurut Pengurus Besar Shell Mobility Malaysia, Seow Lee Ming, dia berharap koleksi berkenaan dapat menjadi 'buah tangan' buat peminat Star Wars, sebagaimana koleksi-koleksi lain yang diperkenalkan sebelum ini.

"Sambutan terhadap koleksi edisi terhad tahunan kami sememangnya hangat. Pengguna Shell adalah antara yang paling bersemangat dan kami tahu Star Wars popular dalam kalangan peminat pelbagai peringkat umur.

PIC 2

Lee Ming menunjukkan koleksi Star Wars Racers Shell ketika majlis pelancarannya di Sunway Pyramid.

"Koleksi ini menyerlah dan meraikan semangat komuniti ini dan kami berharap peminat-peminat akan teruja untuk berluma sesama mereka dengan koleksi ini," ujarnya ketika majlis pelancaran koleksi itu di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Khamis.

Hasil kerjasama dengan The Walt Disney Company Southeast Asia, kali ini Shell menawarkan enam kereta kawalan jauh eksklusif iaitu Darth Vader Racer, Stormtrooper Racer, Darth Maul Racer, The Mandolorian Racer, Boba Fett Racer dan BB-8 Racer.

ARTIKEL BERKAITAN; Pasrah 1,000 kereta mainan ditenggelami air bah, pengumpul koleksi Hot Wheels lebih 20 tahun nak beri percuma je... tak serik nak kumpul lagi

Keenam-enam kereta kawalan jauh itu dinspirasikan daripada pertempuran antara cahaya dan kegelapan yang sering dipamerkan menerusi siri francais Star Wars.

Kereta kawalan jauh ini dilengkapi kawalan Bluetooth serta bateri pintar daripada koleksi Shell Motorsports tahun lalu.

PIC 4

Koleksi ini boleh didapati di stesen minyak Shell di seluruh negara.

Dengan memasang Shell Racing App yang boleh didapati di App Store dan Google Play, pelanggan boleh menikmati pengalaman perlumbaan unik bertemakan pengembaraan antara galaksi yang mencabar adrenalin.

Cara-cara untuk mendapatkan koleksi Star Wars Racers Shell:

1. Bermula 6 hingga 19 Oktober, satu model kereta kawalan jauh Bluetooth edisi terhad akan dikeluarkan setiap minggu, eksklusif di stesen minyak Shell di seluruh negara.

2. Star Wars Racers kecuali Darth Vader Racer boleh dibeli pada harga RM49 dengan pembelian bahan api minimum RM50 dalam satu resit untuk Shell FuelSave 95, Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing.

3. Darth Vader Racer pula boleh didapati secara percuma dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra/Power 4L di stesen minyak Shell, sementara stok masih ada.

4. Pelanggan juga boleh membeli peti koleksi berharga RM89.90 dengan pembelian RM80 Shell V-Power dalam satu resit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain