TIDAK semua mampu memiliki pendingin hawa di rumah. Bagi mereka yang kurang berkemampuan, kipas siling sudah pasti menjadi alternatif paling mudah untuk menyejukkan kediaman. Namun lama kelamaan, putaran kipas siling akan menjadi semakin perlahan, menyebabkan anginnya kurang sejuk. Ikuti langkah demi langkah yang dikongsi oleh Akhie Ayie untuk menukar kapasitor kipas siling supaya ia kembali laju. Biasanya kapasitor kipas boleh dibeli di kedai kelengkapan (hardware) pada harga kurang RM10. Cara-cara: 1. Mula-mula buka penutup bawah kipas ikut arah lawan jam kerana board dan kapasitor berada di bahagian dalam. 2. Apabila dibuka, ia akan tergantung dan terburai seperti ini. Cari satu klip, dan tekan klip tersebut supaya kita boleh bawa ia turun ke bawah. 3. Setelah dibawa turun, letak di atas lantai dan cari kapasitor kipas. Jika dilihat dalam gambar ini, kapasitor kipas telah terbakar. Cabut kapasitor lama dan beli kapasitor baharu. 4. Ini adalah kapasitor lama. Bawa ke kedai dan cari jenis yang sama. Jika tiada, boleh beli jenis lain. 5. Ini adalah kapasitor baharu yang telah dipasang. 6. Akhir sekali, tutup bekas penutup dan pasang balik tiga skru. Pasang semula sebagaimana anda buka pada langkah pertama tadi. Selepas itu, cuba hidupkan seperti biasa dan rasai kelainannya. 7. Lihat hasilnya. Pusingan bilah kipas semakin laju selepas kapasitor lama ditukar baharu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube