suria

9 langkah mudah tanam bunga kertas, pasti kembang mekar... Laman rumah makin berseri-seri

Bunga kertas jadi penyeri laman rumah anda.

POKOK bunga tentunya menaikkan seri laman rumah anda, sekali gus menimbulkan suasana yang lebih nyaman dan segar.

Antara tanaman yang cantik dan mudah untuk dijaga adalah bunga kertas, malah ia juga hadir dalam pelbagai warna menarik.

Berikut kami kongsikan sembilan langkah untuk memastikan pokok bunga kertas berbunga lebat:

1. Pastikan pokok bunga kertas ada banyak ranting. Formulanya mudah. Banyak ranting, maka banyaklah bunga.

2. Pangkas pucuk pokok bunga kertas menjadi bentuk piramid, bulat, petak atau sirih junjung.

3. Beri tekanan kepada pokok bunga dengan cara tidak menyiram air selama tiga hingga lima hari. Pastikan ia tidak terdedah dengan air, termasuk air hujan. Tunggu sehingga tanah dalam pasu kering dan daun menjadi layu.

bunga 2

Pastikan bunga kertas mendapat cahaya secukupnya.

4. Selepas tiga hingga lima hari, anda boleh mula untuk menggemburkan tanah di sekeliling pokok. Ia bertujuan untuk memastikan air baja senang meresap dan akar mendapat oksigen.

5. Larutkan baja NPK 16:16:16 dalam air dengan nisbah 1 Sudu: 1 liter air dan siram pokok bunga kertas tersebut. Pastikan semua tanah dalam pasu basah disebabkan air baja tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat sendiri baja guna minuman kultur dan telur, lepas 2-3 minggu pasti terkejut tengok pokok berbunga meriah

6. Jangan siram atau biarkan ia terkena air hujan sehingga tanah bekas air baja mengering dan daun pokok mula layu. Jika daun mula kekuningan selepas disiram air baja, biarkan sahaja kerana itu adalah situasi normal.

7. Siram semula guna air biasa maksima sekali sehari selepas daun mula layu. Jangan lebih-lebih. Sebab pokok bunga kertas sifatnya tidak suka air terlalu banyak.

8. Pastikan pokok bunga terkena cahaya sepenuhnya. Jangan letak di tempat redup.

9. Kalau pokok masih belum mula berbunga selepas tiga ke empat minggu, besar kemungkinan ada masalah nutrisi pada tanah. Boleh cuba tukar tanah.

Selepas mengikut sembilan langkah ini, kebiasaannya pokok bunga kertas anda akan berbunga dengan lebat. - Ami Fahmi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain