suria

Mi kuning, kuetiau hancur selepas goreng rupanya silap sendiri! Ini cara simpan yang betul, pasti tahan lama

Cara menyimpan mi yang betul dapat memastikan ia tahan lama. -Gambar hiasan

PASTI ada dalam kalangan kita yang pernah berdepan dengan situasi di mana mi kuning atau kuetiau 'patah- patah' saat dileraikan ketika mahu dibersihkan.

Apatah lagi selepas digoreng, hasilnya sangat mengecewakan apabila mi kuning langsung hancur!

Malulah nak hidangkan kepada ibu mentua atau tetamu yang datang ke rumah.

Sebenarnya, masalah tersebut ada kaitan dengan cara penyimpanannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Makanan laut hilang segar, rasa tak sedap? Ini petua sejuk beku ‘seafood’, boleh tahan sampai 2 minggu!

Untuk pengetahuan, mi kuning atau kuetiau tidak seharusnya terus disimpan di dalam peti sejuk selepas dibeli dari kedai atau pasar.

Ada cara yang boleh anda lakukan bagi memastikan mi kuning dan kuetiau bukan sahaja tahan lama selama seminggu tetapi tidak akan putus, lembik seterusnya hancur apabila digoreng.

mi 2

Mi hanya dibasuh ketika mahu dimasak. -Gambar hiasan

Jom tengok tip penyimpanan yang betul sebagaimana perkongsian di Facebook:

1) Keluarkan dari bungkusan. Jangan basuh tetapi hanya leraikan mi kuning atau kuetiau

2) Letak di dalam bekas yang kering dan bertutup.

3) Letakkan sedikit minyak masak ke dalam bekas berisi mi kuning dan kuetiau tersebut.

4) Simpan bekas berisi mi dan kuetiau ke dalam peti sejuk.

5) Keluarkan bekas apabila mahu menggoreng. Pastikan anda membersihkan mi kuning atau kuetiau terlebih dahulu.

Cara ini dapat meleraikan mi kuning dan kuetiau, serta memastikannya tidak putus-putus ketika dimasak.

Selain itu, anda juga boleh mencuba cara berikut bagi memastikan mi kuning atau kuetiau tahan lama:

1) Celur atau rebus sekejap, kemudian bila sudah tidak panas, simpan di dalam peti sejuk. Cara ini boleh membuatkan mi dan kuetiau tahan selama seminggu.

2) Jika mi atau kuetiau menjadi keras selepas dikeluarkan dari peti ais, boleh masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro (microwave) selama lebih kurang 2 hingga 3 minit. Biarkan sehingga betul-betul sejuk, kemudian cuci dan toskan airnya sebelum dimasak.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain