suria

Stres hidup berhutang, bayar tak habis-habis... Lega akhirnya jumpa strategi nak langsai

Hutang yang tidak diuruskan dengan baik mampu membuatkan hidup seseorang tertekan. -Gambar hiasan

TIDAK dapat dinafikan, setiap individu pasti mempunyai hutang sama ada kecil ataupun besar.

Ia merupakan satu perkara yang boleh menyebabkan tekanan dalam hidup, lebih-lebih lagi sekiranya hutang yang tertunggak menjadi hutang lapuk.

Walaupun kebanyakan dalam kalangan kita berhutang untuk memenuhi keperluan asas, namun terlalu banyak hutang mampu mengakibatkan masalah kewangan yang serius.

Kita tidak mampu untuk melangsaikan hutang sekiranya tidak mempunyai ilmu dan straterginya.

Justeru, bagaimana caranya?

Berikut adalah lima tip mengenai cara menguruskan hutang anda dengan lebih baik, sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Abang Baju Hijau yang banyak berkongsi ilmu pengurusan kewangan.

hutang 1

Dalam strategi menguruskan hutang, langkah pertama adalah merekod perbelanjaan. -Gambar hiasan

1) Rekod setiap perbelanjaan

- Rekod setiap aliran keluar dan masuk kewangan anda. Ini bagi memastikan anda tahu ke mana dan di mana ia berada.

Anda boleh guna pelbagai cara untuk memantau sama ada secara manual atau aplikasi, sebagai contoh 'Money Tracker'.

2) Kurangkan perbelanjaan

- Mungkin agak sukar tapi cubalah mengurangkan perbelanjaan bagi perkara yang kehendak. Dalam fasa mahu melangsaikan hutang, hanya berbelanja untuk barang keperluan sahaja.

3) Kurangkan komitmen

- Cuba kurangkan komitmen yang tidak perlu seperti siaran televisyen berbayar, penapis air, atau apa sahaja yang boleh dihentikan buat sementara waktu.

hutang 3

Kawal diri untuk berbelanja sesuatu yang bukan keperluan ketika dalam fasa melangsaikan hutang. -Gambar hiasan

4) Meningkatkan pendapatan

- Cuba menambahkan pendapatan dengan 'passive income'. Passive income bermaksud apa sahaja yang boleh menjana wang dengan aktiviti yang minima.

5) Langsaikan hutang

- Tumpukan untuk melangsaikan hutang yang paling rendah dan hutang yang mempunyai faedah yang tinggi.

Pendek kata, dalam fasa mahu komited melangsaikan hutang, kita perlu menerapkan disiplin dalam diri, terutama dari segi mengurangkan perbelanjaan 'kehendak'.

Uruskanlah hutang kita sebaik mungkin agar dapat hidup dengan harmoni. Cubalah tip yang dikongsikan ini untuk merealisasikan impian 'hidup bebas tanpa hutang'.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain