suria

Jimat, luas… Jurufoto, jurutera setuju ‘Harus Ada Aruz’! Syamel buat ‘pengakuan’ dalam lagu

Syamel, sebagai hos turut mempersembahkan lagu bertemakan ‘Harus Ada Aruz’ kepada tetamunya.

PERODUA Aruz adalah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang sudah tidak asing lagi dalam pasaran automotif selepas melalui beberapa fasa naik taraf serta kemas kini sejak dilancarkan.

Perodua Aruz kini kekal dominan sebagai sebuah kenderaan berkaliber dan menjadi pilihan ramai.

Bukan sekadar sembang ‘kencang’, kemantapan Perodua Aruz diakui segenap lapisan masyarakat, khususnya mereka yang berkeluarga dan berkerjaya sebagai kereta ‘value for money’ (nilai untuk wang).

Perodua Aruz adalah kenderaan SUV yang mesra keluarga.

Penyanyi dan penulis lirik, Syamel, sebagai hos turut mengakui kemantapan Perodua Aruz dalam lagunya.

Syamel juga menemubual tiga individu dari latar belakang berbeza untuk berkongsi pengalaman masing-masing memandu Perodua Aruz.

Menerusi temu bual itu, seorang jurutera, Zaid, dengan yakin mengatakan Perodua Aruz akan menjadi kenderaan pilihan utamanya selepas berpeluang memandu uji.

Syamel menemubual Zaid yang merupakan seorang jurutera.

“Saya rasa Perodua Aruz ini menepati keperluan pekerjaan saya. Pertamanya sebab tinggi dan selamat, pemanduannya memang stabil dan dalamannya selesa, steady!

“Disebabkan pekerjaan saya ni kena selalu pergi ke site, ada satu cirinya yang saya sangat minat iaitu high ground clearance, kereta ni sangat tinggi dari tanah jadi tak perlu risau akan tersagat batu atau langgar halangan.

“Darjah penglihatannya juga lebih jauh dan saya rasa pemanduan lebih selamat. Lagi best, rasa segak memandu Perodua Aruz ni.

“Kalau diberi peluang, Perodua Aruz ni memang akan jadi pilihan saya. Harus ada Aruz!” kata Zaid tidak ragu-ragu.

Syamel bersama pemuzik, Chom Lee.

Seorang pemuzik, Chom Lee turut memberikan sokongan serta justifikasi tidak berbelah bahagi untuk memiliki Perodua Aruz.

“Sudah tentu perkara paling saya minati adalah ruangnya yang luas dan tempat duduknya lebih fleksibel, boleh muat ramai orang.

“Saya pernah bawa keluarga makan malam dan amat hargai ruang luasnya kerana ia juga sangat membantu dari segi profesion sebagai pemuzik.

“Ye la kan, alat muzik banyak perlu dibawa. Apabila bersama Perodua Aruz rasa mudah nak bawa ke mana-mana saja termasuk ketika nak pergi buat persembahan, sebab ruangnya luas dan kerusinya boleh dilaras mengikut keperluan.

“Jadi, jika diberi pilihan untuk memiliki Perodua Aruz, dengan mengambil kira keperluan kerja saya, memang confirm harus ada Aruz,” kata Chom sambil tersenyum lebar.

Syamel berbual mesra bersama jurugambar, Yiewin.

Seorang jurugambar, Yiewin turut mengakui Perodua Aruz sangat sepadan dengan keperluannya.

“Yang paling saya suka sudah tentunya penjimatan petrol. Penggunaan petrolnya sangat efisien.

“Kalau pandu Perodua Aruz untuk pergi kerja lapangan, saya boleh pergi jauh. Keluarga pun sangat selesa dengan kereta ni, terutama bahagian dalamannya.

“Mereka selalu ajak saya keluar bersiar-siar, berkelah, makan-makan, pergi sana sini. Saya tahu mereka gembira dan suka kereta ni. Seronok berjalan jauh, banyak kenangan bersama dicipta.

‘Kalau diberi peluang untuk memiliki Perodua Aruz sudah tentu saya akan cakap ya. Tak perlu fikir panjang lagi,” kata Yiewin pasti.

Jom kita teliti 15 keistimewaan Perodua Aruz ini secara ringkas.

1) Penjimatan petrol tiada tandingan

Menjanjikan penjimatan petrol, dengan pemanduan lancar dan se‘efisien’ mungkin.

Tempat duduk fleksibel memberikan ruangan storan barangan tambahan.

2) Ruang dalaman luas

Buat ketua keluarga di luar sana, SUV 7-seater ini memberi keselesaan yang tersayang adalah prioriti dan Perodua Aruz memahami anda!

Kini, pemanduan ke destinasi idaman lebih nyaman dan selesa bersama gelak tawa tersayang.

3) Tempat duduk fleksibel

Kini perjalanan balik kampung atau pulang dari pusat beli belah jadi lebih praktikal dengan Perodua Aruz.

Ruang yang luas, anda tak perlu pening kepala jika nak bawa banyak barang kerana ruangan storan SUV ini adalah yang terbaik untuk pelbagai kegunaan.

Tempat duduk yang menjanjikan keselesaan.

4) Konfigurasi tempat duduk selesa

Apa maknanya memiliki SUV tapi tidak menikmati perjalanan jauh? Keselesaan tempat duduk adalah nilai paling dititik beratkan dalam pembikinan Perodua Aruz.

Didatangkan dengan kerusi kulit berkualiti, anda boleh duduk bersantai, menegak malah nak berbaring pun boleh dengan 5 mode konfigurasi tempat duduk.

5) Pemanduan stabil

Dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Perodua Aruz memastikan pemanduan meyakinkan buat para pemandu.

Ciri ini memfokuskan kestabilan kenderaan yang berkemungkinan hilang kawalan, menjadikan pemanduan sentiasa lebih selamat.

6) Keselamatan sentiasa diutamakan

Kini anda boleh kekal tenang kerana Perodua Aruz dilengkapi pelbagai ciri keselamatan untuk membantu mengurangkan risiko atau impak sekiranya berlaku kemalangan.

Antaranya enam beg udara yang dipasang pada setiap sudut dan penjuru kereta untuk keselamatan bagi pemandu dan penumpang. Tidak lupa juga, ciri Advanced Safety Assist (A.S.A.), bantuan pemanduan selamat yang dipertingkatkan.

7) Corak pemanduan lebih mantap

Tak perlu khuatir lagi dengan jalan-jalan berlubang ketika memandu.

Perodua Aruz kini menjanjikan pemanduan yang cukup lancar! Dah tiada lagi rasa ‘gempa bumi’ apabila melalui jalan berlubang.

Paparan kamera undur antara ciri keselamatan tambahan pada kereta Perodua Aruz.

8) Ciri keselamatan tambahan

Amat merisaukan mendengar berita pemandu ‘micro-sleep’ yang membawa kepada kemalangan.

Nilai keselamatan banyak dititikberatkan dalam pembikinan model Perodua Aruz kali ini, dan didatangkan dengan ciri khas seperti kawalan cengkaman (TRC) yang mencegah tayar kereta daripada hilang cengkaman ketika berada atas jalan.

9) Ciri-ciri standard untuk pemanduan canggih

Canggih dan ‘style’! Itu adalah rata-rata maklum balas yang diterima daripada pengguna Perodua Aruz yang sudah mengalami sendiri mode penjimatan minyak di kenderaan mereka!

Tersedia juga ciri eco idle, iaitu enjin dimatikan dan dihidupkan secara automatik semasa kenderaan dalam keadaan tidak bergerak.

10) Pengalaman mewah

Harga marhaen tetapi produk kelas terjamin.

Nak hidupkan dan matikan enjin? Tak perlu kunci, hanya tekan sahaja.

Bateri telefon cepat habis kerana Waze? Kini, anda punya skrin papan sentuh yang tersedia dengan fungsi navigasi dan 'smart link' for Android.

Semuanya serba elektronik, sangat classy.

Reka bentuk dalaman Perodua Aruz yang elegan.

11) Reka bentuk penuh gaya

Cantik luar, cantik dalam! Tapi itulah gambaran tepat untuk Perodua Aruz.

Pelbagai pilihan warna menggoda seperti Granite Grey, Electric Blue, Glittering Silver dan Ivory White (Solid), pilih yang mana sesuai dengan cita rasa terutamanya warna Garnet Red.

12) Harga berpatutan

Dua harga yang ditawarkan mengikut varian iaitu RM72,900* untuk Aruz 1.5X dan RM77,900* bagi Aruz 1.5 AV yang lebih segak dengan kerusi balutan kulit, A.S.A 2.0 dan sebagainya. Waranti selama lima tahun atau150,000km sudah pasti.

Demi keselesaan dan keselamatan tersayang, ini adalah pelaburan yang cukup baik.

13) Praktikal

Dengan Perodua Aruz, pemanduan bagai dinaiktaraf.

Cekap tenaga, penawaran ruang yang luas, tahap keselamatan yang tinggi dan kos pemilikan yang rendah dalam bentuk tujuh tempat duduk yang kompak. Tidak lupa juga side step untuk kemudahan naik dan turun kenderaan.

Perodua Aruz mempunyai banyak ciri-ciri yang praktikal.

14) Kecekapan enjin

Antara yang terbaik di Malaysia, Perodua Aruz didatangkan dengan enjin empat silinder Dual VVT-i 1.5 liter yang cekap dan efisien dengan bantuan sistem Eco Idle.

Dipadankan pula dengan transmisi automatik yang dikawal secara elektronik.

15) Teknologi dan rangkaian antarabangsa

Citarasa kebangsaan, pilihan antarabangsa, itu adalah magis yang anda bakal dapat apabila memilih Perodua Aruz.

Kerjasama teknikal bersama Daihatsu Motor Co. dan Daihatsu Malaysia menjanjikan sebuah kualiti luar biasa.

Memang sangat berbaloi kan? Sama ada untuk kegunaan persendirian, anda yang sudah berkeluarga mahupun berbisnes, Perodua Aruz adalah pilihan yang sangat tepat!

Maklumat lanjut mengenai Perodua Aruz, boleh https://www.perodua.com.my/harus-ada-aruz.html.

*Harga di Semenanjung Malaysia tanpa insurans.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan