suria

‘Fazura’, influencer dalam dan luar negara meriahkan ulang tahun ke-18 mStar

Elle Fara, Tanya Mikes dan Shawn antara influencer yang hadir memeriahkan sambutan ulang tahun ke-18 mStar.

ULANG tahun ke-18 mStar diraikan meriah dalam satu majlis yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya, Selangor, petang Selasa.

Majlis yang bermula pukul 2 petang itu turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan artis serta pempengaruh media sosial yang pernah mendapat liputan mStar sebelum ini.

Antara tetamu yang paling mencuri tumpuan tentunya Ellya Farahanny Ridzuan atau Elle Fara yang pernah tular kerana memiliki wajah mirip aktres popular Fazura.

s1

Dr Ahmad Samhan dan Abang Viva membawa pasangan masing-masing ketika hadir ke majlis ulang tahun ke-18 mStar.

Selain itu, Yus Amina Mohd Zawizah atau Kakak Hello Kitty yang menaja biskut dan kek untuk majlis ini turut membuat kemunculan dengan menggayakan busana kartun popular itu, sedondon dengan suaminya.

Pengasas baju Axisto, Ahmed Amzar Airil Ahmed Mazdan yang menaja baju buat seluruh kakitangan mStar turut hadir memeriahkan majlis.

Dua pakar yang terkenal dalam bidang masing-masing iaitu Dr Ahmad Samhan serta Dr Aizul Hafizi turut mencuri perhatian tetamu ketika mereka hadir meraikan ulang tahun ke-18 mStar.

15

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Auntie Purple serta Kakak Hello Kitty yang tampil sedondon dengan suaminya.

Selain itu, model warga Sudan Selatan, Tanya Mikes yang dikenali sebagai 'lady long legs' (wanita berkaki panjang) turut membuat kemunculan sehingga dia dikerumuni tetamu yang mahu bergambar dengannya.

Aktivis banjir terkenal, Azwan Omar atau Abang Viva bersama isterinya, Evanoza Zakaria turut hadir, di samping TikToker terkenal seperti Auntie Purple, Pam Zhen Shen atau Shawn dan pencipta kandungan kelahiran United Kingdom (UK) Rhyss William.

Queen Sayang - SHAARI CHEMAT

Queen Sayang (kanan) yang hadir bersama ibunya sempat bergambar kenang-kenangan bersama Pak Nil.

Turut hadir Nurqueen Sayang Dinnie Wirakarnain, gadis cantik yang tular kerana keunikan namanya serta pengiktirafannya sebagai penerima anugerah graduan terbaik fakulti dan program serta penerima Anugerah Naib Canselor sempena Istiadat Konvokesyen ke-97 di Universiti Teknologi Mara (UiTM), baru-baru ini.

Kanak-kanak berusia 8 tahun yang popular kerana kepetahan berpantun, Raja Muhammad Mikael Raja Faizul serta Izryana Shazwany Azri yang diberi jolokan 'gadis laut' turut membuat kemunculan dalam majlis ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] mStar terus kukuh sambut Sweet-18, lancar ‘mStar Baek’

Sejurus tiba, kesemua mereka turut merakam video pendek menggunakan teknologi kamera 360 dari @360videobooth_rentforparty sebagai tanda kenang-kenangan.

Menerusi majlis ini, mStar mengambil kesempatan melancarkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mStar Baek yang mendapat tajaan dan sokongan penuh Noir Health & Beauty.

s2

Dr Aizul Hafizi turut membuat kemunculan dalam majlis yang berlangsung meriah pada Selasa petang.

Program mStar Baek yang berbentuk video 10 episod akan bersiaran pada setiap Khamis bermula 5 Oktober 2023 di portal mStar serta semua platform media sosialnya termasuk YouTube dan Facebook.

Antara artis yang disantuni dan menerima sumbangan termasuklah Zaiton Sameon, Mak Jah, Bad (Indigo), Mak Wan Latah, Ibnor Riza, Roy (Ratnaku) Wan Maimunah, Alina Hassan dan Izwan Fitri.

WhatsApp Image 2023-09-27 at 2.58.31 PM

Pengasas baju Axisto, Ahmed Amzar Airil Ahmed Mazdan (kanan) turut hadir memeriahkan pelancangan mStar Baek serta ulang tahun ke-18 mStar.

Majlis ini ternyata meninggalkan memori indah apabila diserikan dengan persembahan artis-artis veteran seperti Zaiton Sameon, Ibnor Riza, Ruhil Amani Husin dan Haiza.

Ikon seni negara, Datuk Aznil Nawawi turut sudi hadir bagi menandatangani plaque simbolik ulang tahun ke-18 mStar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain