suria

Aircond tak sejuk mungkin bukan sebab rosak, boleh jadi silap sendiri... Cuba semak dulu 5 perkara ini

Terdapat beberapa punca yang menjadi penyebab pendingin hawa tidak sejuk.

"EH kenapa air-cond tak rasa sejuk pun?"

Pasti ramai yang pernah berdepan dengan situasi ini.

Naik hairan jadinya apabila pendingin hawa tiba-tiba langsung tidak terasa sejuk, padahal suhu pada alat kawalan jauh sudah pun direndahkan kepada tahap maksimum 16 darjah Celsius.

ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia di sebalik suhu aircond 16 darjah Celcius! Anda kena buat ini pada remote control jika nak jimat elektrik

ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah bil elektrik tinggi, aircond tak sejuk mana! Rupanya salah selenggara, cuba 7 tip penjagaan ini

Lebih menghairankan pendingin hawa baru sahaja beberapa bulan dipasang tetapi sudah mula 'buat hal'... mulalah pening kepala memikirkan wang yang bakal dikeluarkan untuk membaikinya.

If you have been smoking indoors, please make sure your air conditioners are professionally serviced according to schedule. - 123rf.com

Kesilapan mungkin berlaku pada bahagian pemasangan. -Gambar hiasan

Bagi anda yang berdepan dengan masalah ini, apa kata selidik dahulu punca-punca yang menyebabkan alat ini tidak berasa sejuk seperti biasa.

Berkemungkinan, pendingin hawa anda mempunyai masalah kerana beberapa punca seperti berikut:

1) Technician tersalah cara pasang apabila meletak unit outdoor dekat tempat yang mempunyai aliran udara sempit. Unit outdoor sepatutnya perlu diletakkan dekat tempat terbuka yang lapang.

2) Gas habis atau gas kurang. Cuba cari berkemungkinan ada tempat yang berlaku kebocoran. Nak lebih mudah, telefon sahaja juruteknik.

3) Kuasa kuda (horse power) tidak mencukupi. Jika anda memasang pendingin hawa dengan kapasiti 1 HP dekat ruang tamu yang luas, sudah tentu tidak berasa sejuk. Justeru sebelum beli, panggil technician untuk survey keadaan rumah atau ruangan terlebih dahulu. Minta mereka kenal pasti kapasiti pendingin hawa yang ingin dipasang.

1

Anda disarankan untuk kerap membersihkan filter pendingin hawa kerana dikhuatiri ia dipenuhi habuk yang menjadi punca suhu kurang sejuk. -Gambar hiasan

4) Filter pendingin hawa penuh habuk. Ini berpunca kerana ia jarang dibersihkan. Jangan malas cuci filter, disarankan untuk melakukannya setiap bulan. Tak tahu cara untuk membuka dan mencuci? Cari sahaja video dalam YouTube. Filter yang kotor sebenarnya menjadi punca bil elektrik naik mencanak kerana pendingin hawa perlu 'bekerja keras'.

5) Kapasitor atau kompresor rosak. Kompresor yang rosak tidak boleh diperbaiki. Terpaksalah keluarkan duit poket untuk membeli yang baharu. Namun, cuba minta technician periksa kapasitor dulu kerana berkemungkinan kapasitor sahaja yang rosak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain