BERAS sememangnya makanan ruji bagi masyarakat di Malaysia. Selain dimasak untuk dijadikan nasi, namun sebenarnya beras mempunyai manfaat lain sebagai 'trick' untuk beberapa situasi. Berikut adalah beberapa manfaat beras sebagaimana perkongsian di laman Tips And Trick: 1) Pewangi dalam almari baju Mungkin ramai yang masih belum mengetahui, beras boleh menjadi pewangi dalam almari baju! Adakalanya, baju yang diambil dari jemuran belum benar-benar kering, sekali gus menyebabkan bau yang kurang enak. Usah risau, cuba guna petua ini... mudah je! Ambil secawan beras putih dan masukkannya ke dalam bekas atau mangkuk, kemudian titiskan minyak pati (essential oil) dalam beberapa titik. Tutup permukaan bekas tersebut dengan kain nipis. Beras yang dicampur dengan minyak pati berperanan mengharumkan almari baju anda. Anda boleh menggunakan getah gelang atau apa sahaja supaya penutup kain itu tertutup dengan sempurna. Letakkan di dalam almari baju. Pasti harum seperti pewangi yang dibeli di kedai. ARTIKEL BERKAITAN: Buat sendiri penyegar almari guna 2 bahan mudah elak pakaian naik tahi lalat! Baju tak rosak dan kekal wangi 2) Mengeringkan telefon bimbit Jika telefon bimbit anda tidak berfungsi kerana dimasuki air akibat terjatuh di dalam singki, kolam atau lubang tandas, beras boleh menjadi penyelamatnya. Caranya, keluarkan dahulu kad sim dan bateri daripada telefon bimbit. Masukkannya ke dalam bekas berisi beras dan timbus untuk tempoh sekurang-kurangnya 48 jam. Cara ini lebih selamat berbanding menggunakan pengering rambut. Ini kerana suhu panas atau sejuk tidak baik untuk peranti dan tindakan menggunakan pengering rambut akhirnya hanya akan merosakkan peranti itu. 3) Mencantikkan pisang Kulit pisang mudah bertukar warna daripada kuning ke coklat dalam tempoh beberapa hari sahaja. Walaupun isinya masih elok untuk dimakan, namun warna kulit yang sudah tidak cantik membuatkannya tidak menarik. Satu lagi magis beras adalah mengembalikan warna kuning pisang. Untuk membuatkannya kembali berwarna kuning, apa kata cuba petua ini. Masukkan pisang ke dalam plastik ziplock bersama beberapa genggam beras. Tutup plastik ziplock dan biarkan selama kira-kira sejam. Kemudian keluarkan pisang dan 'blow' dengan pengering rambut Saksikan keajaiban berlaku apabila pisang perlahan-lahan bertukar menjadi warna kuning semula! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube