suria

4 langkah mudah segarkan semula ayam disimpan lama dalam peti ais, terus bersemangat nak masak!

Perbezaan isi ayam selepas dilumur garam. -Gambar FB Rhaida Ieda

DAGING ayam boleh dikatakan antara bahan basah yang wajib ada di dalam peti ais.

Ini kerana kebanyakan kanak-kanak lebih menggemari daging ayam berbanding ikan.

Hidang saja lauk ayam goreng tepung ala-ala KFC ataupun menu ‘butter chicken’, pasti anak-anak berselera mahu menjamah nasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Cara paling senang nak potong ayam segar di rumah... Ikut ’step by step’ ini pasti menjadi

Namun satu masalah yang biasa dihadapi oleh para ibu adalah daging ayam yang disimpan lama di dalam peti akan menjadi kurang segar.

Usah risau... ada petua mudah yang boleh dipraktikkan untuk memastikan isi ayam ini kembali segar dan warnanya menjadi kemerah-merahan seperti baru dibeli di pasar.

Jom ikuti petua yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Rohaida Ieda.

Cara-caranya seperti berikut:

1) Keluarkan ayam dari peti ais dan defrost dahulu

2) Ambil sedikit garam dan gaulkan pada ayam yang telah dicuci.

3) Biarkan selama 5 minit.

4) Cuci ayam seperti biasa.

5) Isi ayam akan kembali kemerahan dan nampak segar

lemon garam

Lemon dan garam boleh digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ayam. -Gambar ayam

Sementara itu, untuk menghilangkan bau hanyir dan lemak pada ayam, anda renjiskan sedikit cuka bersama garam, dan biarkan beberapa minit. Kemudian cuci ayam seperti biasa.

Selain itu juga, penggunaan tepung gandum yang dilumur pada ayam juga boleh menghilang bau hanyir.

Sebagai maklumat tambahan, daging ayam lebih digalakkan untuk dimakan berbanding daging merah kerana kajian menunjukkan daging putih rendah lemak tepu dan kolesterol.

Ia mempunyai banyak kandungan asid lemak tidak tepu dan bahan Omega-3 yang baik untuk kesihatan jantung serta mampu mencegah berbagai penyakit degeneratif.

Sementara itu, kajian saintis melaporkan pada dasarnya daging yang berwarna merah telah terbukti mempunyai tingkat kolesterol serta lemak tepu yang lebih tinggi dibandingkan dengan daging ayam atau ikan.

Dalam pada itu, kita juga digalakkan memilih cara memasak yang sihat, seperti merebus, menumis, atau memanggang. Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain