KEBANYAKAN orang lebih cenderung untuk meminta agar ayam yang dibeli terus dipotong oleh peniaga pasar supaya tugasan di dapur kelak lebih mudah. Namun adakalanya kita terpaksa menunggu lama sekiranya ramai pelanggan yang turut mahu memotong ayam atau ikan mereka. Leceh juga nak menunggu, masa pun terbuang. Apa kata bermula daripada sekarang, kita cuba belajar sendiri teknik-teknik memotong ayam segar yang dibeli di pasar. ARTIKEL BERKAITAN: Rasa dah sedap tapi liat, rupanya salah potong! Mari belajar cara hiris daging dengan betul, baru senang nak masak ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya dapat jawapan mengapa minyak kereta cepat habis... Lepas ni janji tak buat lagi! Usah risau, seorang peniaga ayam, Krboyy Asnizam II berkongsi cara memotong ayam paling asas iaitu potong 14. Langkah pertama dan paling penting sebelum memotong ayam adalah memastikannya sudah disembelih dengan sempurna dan mempunyai pisau memotong yang tajam. Berikut adalah teknik memotong ayam segar sebagaimana perkongsian beliau: 1) Potong bahagian belakang ayam, antara tulang belakang dan peha 2) Ambil bahagian kaki (bawah), potong menjadi dua bahagian peha 3) Untuk bahagian peha, potong sekali lagi di tengah-tengah antara peha dan thigh 4) Potong bahagian thigh kepada dua bahagian. Ulang langkah yang sama untuk sebelah lagi kaki 5) Untuk bahagian atas pula, keluarkan dahulu isi seperti hati dan sebagainya sehingga kosong 6) Potong kepada dua bahagian 7) Kelar dahulu mengikut saiz yang diinginkan, kemudian barulah potong sehingga putus. Senang bukan? Ini adalah teknik amatur untuk memotong ayam. Selepas ini tak perlu risau kalau beli ayam segar, potong di rumah je... Mudah dan jimatkan masa. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube