suria

Dah jumpa cara paling senang buat pewangi semburan! Lega sangat, selesai masalah bau masakan dalam rumah

Semburan pewangi DIY yang berupaya mengatasi masalah bau masakan.

BAU masakan adalah perkara normal setiap kali kita menumis bahan-bahan di dapur.

Bukan setakat pada baju si tukang masak, malah bau masakan turut melekat pada sofa, langsir dan semua jenis fabrik di dalam rumah, lebih-lebih lagi jika tidak mempunyai hood dapur atau keluasan kediaman agak sempit.

Stres jadinya apabila bau akan mengambil masa yang lama untuk hilang.

ARTIKEL BERKAITAN: Masak bermacam juadah raya, jangan sampai satu rumah berbau tumisan! Ibu-ibu boleh guna 5 petua ini

Malulah kalau tetamu sedang bertandang, satu rumah boleh menghidu bau bahan tumisan.

Jenuh pula nak membeli pewangi atau penyegar udara bagi menghilangkan masalah yang satu ini.

masak 1

Bau tumisan atau masakan adalah perkara normal setiap kali memasak. -Gambar hiasan

Namun tahukah anda, terdapat petua yang ampuh bagi mengatasi masalah bau masakan dalam rumah?

Bahan-bahannya mungkin berada di dalam peti sejuk anda dan paling best, anda tidak perlu lagi melabur wang untuk membeli penyegar udara.

Bagaimanakah caranya?

Seorang pengguna Facebook berkongsi tip untuk membuat penyegar udara DIY agar rumah anda tidak lagi berbau bahan masakan.

Menurut individu tersebut, dia akan menyediakan bahan-bahan semburan DIY setiap kali selepas selesai memasak dan mengemas dapur.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:

1) Lemon

2) Rosemary (yang kering pun boleh)

3) Cengkih

4) Kayu Manis

lemon

Lemon dan rosemary adalah bahan utama untuk membuat pewangi DIY. -Gambar Los Angeles Times/Kirk Mckoy

Cara-caranya:

1. Rebus kesemua bahan dalam kuali atau periuk berisi air sekitar 10 hingga 15 minit mengikut keadaan.

2. Buka api kuat untuk wap naik ke seluruh rumah. Selepas siap, tutup api dan biarkan rebusan sejuk sendiri satu malam.

3. Tapis air rebusan dan masukkan ke dalam botol spray.

4. Anda boleh spray satu rumah setiap kali selesai masak.

Memang harum ala-ala bauan sitrus... bukan sahaja bau tumisan yang melekat pada fabrik dapat dihilangkan, malah menambahkan kesegaran pada ruangan kediaman.

Mudah dan lebih menjimatkan bukan? Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain