suria

Lega sangat tong sampah dalam rumah dah tak berbau...Lepas ni jangan buang kotak sarang telur, banyak gunanya

Kotak sarang telur berupaya menyerap cecair serta bau busuk di dalam tong sampah.

KOTAK sarang telur sebenarnya mempunyai banyak kegunaan yang mungkin tidak diketahui ramai.

Menurut Nur Husna Saikin, dia menggunakan kotak sarang telur untuk menghilangkan bau busuk di dalam rumahnya.

Katanya kotak sarang telur yang diperbuat daripada kertas berupaya menyerap air serta bau busuk di dalam tong sampah.

Caranya, ambil kotak sarang telur dan ukur pada bahagian bawah tong sampah.

file7q3gsbn8gap16ryoflba

Anda juga boleh menggunakan kotak sarang telur untuk dijadikan sebagai pelapik periuk panas. -Gambar hiasan

Kemudiannya, potong kotak sarang telur itu mengikut saiz tong sampah anda.

Kotak sarang telur itu boleh diletak di dalam plastik sampah anda supaya ia dapat menyerap sebarang cecair serta bau busuk.

Selain itu, kotak sarang telur juga boleh digunakan untuk melapik periuk panas di kediaman anda.

Sekiranya mahu melepak di kawasan luar rumah pada waktu malam, anda juga boleh membakar kotak sarang telur untuk menghalau nyamuk.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain