suria

Tak payah mop sampai sakit pinggang... Ini cara mudah kilatkan jubin dalam tandas, guna 1 bahan je!

Kebersihan tandas juga perlu diberikan perhatian. -Gambar hiasan Facebook

RUANG tamu merupakan 'highlight' utama kediaman kita, maka tidak hairanlah ruangan itu sentiasa dihias indah.

Namun, ramai yang kurang menitikberatkan kebersihan tandas sehingga membiarkan lantai serta jubinnya menjadi kusam dan bertukar warna.

Seorang individu dikenali sebagai Salwa Mahmud atau Kak Wa berkongsi cara mudah untuk mengilatkan jubin tandas dengan menggunakan satu bahan sahaja.

"Tak sangka betul selain bersihkan dan putihkan baju, cecair peluntur juga boleh kilatkan lantai mozek. Boleh jimat lepas ni. Tak perlu beli pencuci tandas. Cukup dengan cecair peluntur lemon. Wangi pun wangi.

"Kak Wa cuma nak kongsi. Anda yang ada tandas mozek berkerak tu cuba cari peluntur jenis ni dekat kedai. Memang licin berkilat. Tapi kena hati-hati sebabnya bila tengah cuci tu dia jadi pedih mata sikitlah," ujarnya.

Bahan-bahan:

1.Cecair peluntur

Cara-cara:

1. Percikan cecair pencuci itu pada permukaan lantai

pelunur

Cecair peluntur digunakan untuk mencuci lantai.

2. Biarkan ia dalam masa tiga ke empat minit. Lebih lama lebih bagus.

3. Selepas itu, anda boleh bilas jubin tandas dengan air.

4. Untuk hasil lebih memuaskan, anda boleh menyental jubin menggunakan berus.

Selain kaedah ini, terdapat juga pemilik rumah yang mencampurkan cuka makan bersama air panas dan cecair pelembut pakaian untuk mencuci lantai.

Mop rumah anda menggunakan campuran itu bagi mendapatkan kesan kilat dan harum pada bahagian lantai atau jubin. Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain