suria

Hati-hati buat kabinet dapur cantik nak sembunyi tong gas, boleh jadi punca meletup!

Tong gas yang dipasang dengan cara salah boleh menjadi punca insiden kebakaran.

PEMASANGAN tong atau silinder gas yang tidak betul boleh menjadi punca kejadian tidak diingini berlaku di kediaman anda.

Malah, mStar pada 5 September lalu pernah melaporkan kisah ibu hamil yang melecur selepas dia disambar api akibat hos tong gas bocor di rumahnya.

Bagi memastikan kediaman anda sentiasa berada dalam keadaan selamat, ikuti tujuh langkah yang kami kongsikan ini.

1. Pastikan jarak antara silinder gas dengan alat memasak antara 1 ke 1.5 meter. Alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi dari silinder.

2. Jangan simpan silinder gas di tempat tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.

2268092

Wanita ini cedera disambar api akibat kebocoran hos tong gas kediamannya September lalu.

3. Bau pelik atau busuk daripada silinder gas bermakna terdapat kebocoran. Tutup semua punca api dan jangan gunakan peralatan elektrik.

4. Guna air sabun untuk mengesan kebocoran gas. Jika ada buih, bermakna terdapat kebocoran berlaku. Buka alat atur gas dan alihkan silinder ke tempat yang mempunyai pengudaraan baik.

5. Nyalakan api sebelum menghidupkan alat memasak.

6. Sentiasa pastikan pengudaraan yang baik dan jangan tinggalkan dapur ketika sedang memasak.

7. Tutup peralatan memasak dan buka injap alat atur gas jika tidak digunakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu hamil 7 bulan melecur disambar api, hos tong gas bocor - “Dia nak rebus ayam, bagi anak-anak bulus makan”

Apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan:

1. Pastikan tong gas memasak sentiasa dalam keadaan menegak dengan injapnya ke atas. Jangan baringkan tong gas anda.

2. Buka pintu atau tingkap semasa memasak untuk pengaliran udara.

3. Jangan letakkan kuali panas atau benda panas yang lain di atas tong gas memasak.

4. Jauhkan kedudukan langsir daripada dapur memasak.

5. Jangan tinggalkan apa yang anda tengah masak tanpa pengawasan.

6. Jika anda ingin meninggalkan rumah untuk satu jangka masa panjang, matikan dan tarik keluar kepala gas.

7. Pastikan kedudukan dapur memasak anda lebih tinggi dari tong gas.

8. Sebelum memasang kepala gas, pastikan ada gelung getah dalam injap tong gas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain