BAGI mereka yang bergelar ibu, menguruskan anak-anak yang sedang bersekolah bukanlah satu perkara mudah. Antara masalah yang sering dihadapi adalah pakaian seragam sekolah anak yang kotor akibat terkena makanan, dakwat pen mahupun kesan daki. Meskipun disental dengan kuat, kotoran degil ini kadang-kala sukar untuk dibersihkan, sekali gus membuatkan golongan ibu 'pening kepala' memikirkan perangai anak masing-masing. Seorang pelayar Facebook, Adila Zin berkongsi cara mudah untuk menanggalkan kotoran serta mewangikan pakaian sekolah anak-anak dengan cucian mudah di rumah. Baju sekolah yang berwarna putih mudah kotor jika tidak dijaga sebaiknya. -Gambar hiasan "Terima kasih kepada yang kongsi cara murah, jimat serta wangi. Dah la kotoran hilang. Tadi dah cuba kat baju sekolah agama yang putih, terkena sambal nasi lemak. "Sis cuba petua sabun serbuk campur soda bikarbonat agak-agak je, lepas tu air panas. Memang 'super duper' sangat memudahkan. Kotoran bahagian yang heavy tu sental-sental manja je. ARTIKEL BERKAITAN: Cuci baju pun ada caranya... Ini 5 tip kekalkan warna pakaian supaya kelihatan baharu "Subhanallah, terima kasih sangat. Sis nak cuba basuh baju sukan pula. Saya nak ambil semua baju yang dah basuh dan cuba basuh sekali lagi dengan petua ini," ujarnya lagi. Selain itu wanita itu turut menyarankan netizen agar merendam pakaian yang kotor di dalam air panas sekurang-kurangnya dua jam atau semalaman untuk hasil yang lebih memuaskan. Dia juga berharap perkongsian itu dapat membantu golongan ibu sepertinya yang sentiasa berdepan masalah kekotoran pada pakaian anak-anak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube