suria

Cara pengantin ini buat ‘saving’ sebelum kahwin nampak logik... Tahu-tahu dah ada RM24,000!

Setiap pasangan perlu mempunyai wang secukupnya sebelum mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan

PASANGAN yang mahu mendirikan rumah tangga perlu mempunyai simpanan secukupnya demi merealisasikan hari bahagia mereka.

Di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Eliea Milee berkongsi bagaimana dia dan pasangannya mengumpul wang sebelum mereka disatukan sebagai suami isteri.

"Contohnya jika target simpanan kami mahu buat majlis sekitar RM20,000 tapi kami tambah RM4,000 lagi sekiranya ada apa-apa kos yang perlu ditambah.

"Jadi total RM24,000 dan kami target untuk dapat simpan ni dalam masa dua tahun," ujarnya.

Simpanan Setiap Bulan

Saya simpan = RM500

Suami simpan = RM500

Total = RM1,000

RM1,000 x 12 bulan = RM12,000

RM12,000 x 2 tahun = RM24,000 (capai target)

file7b61rvn52s9o6d48216

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menabung. -Gambar hiasan

Dalam perkongsiannya, Eliea berkata wang RM24,000 itu merangkumi kos untuk pakaian, pelamin, jurugambar, makanan dan macam-macam lagi.

Tambahnya, dia juga berjaya mengurangkan kos makanan kerana tidak menempah katering, sebaliknya segala juadah dimasak sendiri oleh ahli keluarganya.

"Untuk target simpanan RM24,000 ni sebenarnya semua termasuk dalam survey majlis kami macam pre-wedding, baju wedding, pelamin, mekap, jurugambar, kek, emcee, sound system, canopy, meja dan kerusi termasuk makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 cara mudah buat tabung kecemasan, tahu-tahu duit menimbun! Tip no 3 boleh jimat banyak wang

"Makanan saya tidak ambil katering sebab mahal, jadi saya beli barang dan famili yang tolong masak dan ia sangat jimat. Saya habis dalam RM1,800 saja beli barang-barang untuk masakan dan anggaran tetamu dalam 200 orang.

"Kamu kena tahu anggaran tetamu supaya boleh bajet untuk beli barang-barang untuk masakan. Bergambar untuk pre-wedding tidak perlu buat pun tidak apa, tidak wajib, tapi kalau mahu ada kenangan, ada bajet lebih, okey saja," ujarnya lagi.

Dalam perkongsian sama, dia turut memberi nasihat agar bakal pengantin tidak membuat sebarang pinjaman bagi mengelakkan beban kewangan pada masa depan.

file6p5pectk75ce92bdcph

Elak berhutang semata-mata untuk berkahwin bagi mengelakkan masalah lain pada masa depan. -Gambar hiasan

"Saya mahu nasihatkan jangan ambil loan atau buat mana-mana pinjaman untuk majlis kahwin. Awak akan sakit kepala dan selalu berfikir macam mana mahu bayar hutang lepas majlis.

"Buat simpanan ikut kemampuan sendiri ya, masing-masing ada cara sendiri untuk buat simpanan. Sebab Ini adalah cara saya dan suami. Saya hanya buat perkongsian.

"Kamu setuju atau tidak, kamu mahu ikut atau tidak, itu terpulang kepada diri sendiri. Pendapat masing-masing ya," ujar Eliea lagi.

Eliea berkata dia turut membuang segala aplikasi beli-belah dalam telefon miliknya bagi mengelakkan 'hasutan' jahat yang boleh merosakkan pelan simpanan selama dua tahun itu.

"Lepas gaji dahulukan bayar komitmen dan buat simpanan dulu ya. Wajib disiplinkan diri untuk konsisten setiap bulan kalau mahu capai target.

"Kalau macam saya, saya kena uninstall semua aplikasi yang boleh buat saya berjoli. Sebab kalau tidak memang susah mahu buat simpanan," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain