RUMAH yang bersih dan wangi boleh memberi ketenangan jiwa kepada penghuninya. Jika tidak mahu membazir wang membeli produk pewangi di pasaran, ada alternatif mudah untuk anda mewangikan ruang dalam kediaman. Menurut laman Facebook Taiko, anda boleh menggunakan cecair pencuci fabrik yang dituang ke atas kapas untuk mewanginkan rumah. "Ni salah satu cara yang cepat dan murah, untuk wangikan ruangan dalaman rumah. Petik jari je auto wangi semerbak baunya. "Paling penting, kena ada dua benda wajib ni. Pelembut fabrik dan kapas. Tuang je softener tu atas kapas dalam satu bekas. Lepastu letak je kat mana-mana sudut. Rebusan ini boleh menjadikan rumah anda wangi seperti spa tradisional. "Tak kisah atas kabinet, dalam tandas atau bilik air. Korang boleh bau haruman softener tu merebak satu rumah. Memang wangi! "Boleh lah buat kalau time emergency tetamu nak datang rumah kan?" ujar pengendali Facebook itu. Bau ala-ala spa Seorang netizen turut berkongsi teknik yang digunakannya untuk mendapatkan wangian ala-ala pusat kecantikan. Caranya mudah saja. Yang pertama, anda perlu rebus sebekas air. Kemudian masukkan daun panda dan beberapa biji limau nipis. ARTIKEL BERKAITAN: Pewangi rumah mahal, DIY sajalah! Apa kata cuba campuran bahan semulajadi ini, mudah dan murah Selepas itu, masukkan juga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis. Masak kesemua bahan itu dengan api kecil selama beberapa jam. Hasilnya, rumah anda akan berbau seperti spa tradisional, malah ia juga dikatakan mampu bertahan sehingga tiga hari. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube