SEDIAKAN payung sebelum hujan. Sebagai persiapan untuk menghadapi hari-hari akan datang, kita semua digalakkan untuk membuat simpanan wang kecemasan. Selain menabung wang, kita juga boleh membuat simpanan dalam bentuk emas yang boleh dicairkan kepada tunai apabila diperlukan. Selain emas yang digayakan sebagai barang kemas, anda juga boleh menyimpan bar emas atau menyertai Gold Accumulation Program (GAP) iaitu satu kemudahan membeli emas dengan modal yang rendah melalui akaun emas secara atas talian. Wanita biasanya gemar membeli emas untuk dijadikan sebagai perhiasan pada tubuh mereka. -Gambar hiasan Namun, bilakah waktu terbaik untuk kita menjual semula emas yang disimpan? Menurut laman Facebook Emas Public Gold, berikut merupakan tiga keadaan yang sesuai untuk kita menjual emas: 1. Kecemasan Darurat atau kecemasan yang memerlukan tunai segera. Seperti kita tahu, emas sangat mudah dicairkan untuk mendapatkan tunai. 2. Pelaburan Jual atau pajak simpanan emas untuk peluang menjana keuntungan yang lebih baik seperti dijadikan modal pusingan berniaga atau membeli aset yang lebih menguntungkan seperti hartanah di bawah harga pasaran. Kini terdapat banyak cara untuk menyimpan emas. -Gambar hiasan 3. Capai matlamat Apabila sudah mencapai matlamat simpanan emas seperti yang ditetapkan sebelum memulakan simpanan. Contohnya tabung persaraan, tabung pendidikan anak-anak, tabung perkahwinan, tabung deposit beli rumah dan sebagainya. Jadi, tanpa tiga sebab ini, amatlah tidak bijak untuk menjual emas simpanan anda. Penyimpan emas yang berilmu tidak akan menyimpan emas sampai mati. Ini kerana emas merupakan alat kewangan yang digunakan untuk kita mencapai matlamat kewangan dan bukannya sekadar buy low sell high. Yang paling penting, tentukan tujuan dan matlamat sebelum anda memulakan simpanan emas. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube