suria

Penangan baja DIY petani Thailand, durian berbuah lebat penuh dahan... Guna untuk pokok lain pun boleh

Petua petani Thailand ini dikatakan boleh membantu pokok durian berbuah lebih lebat.

DURIAN mempunyai ramai penggemar di negara ini, maka tidak hairanlah jika ia diberi gelaran sebagai raja buah.

Malah, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia turut mengusahakan tanaman durian sama ada secara kecil-kecilan mahupun untuk tujuan komersial.

Bagi yang mahu berjinak-jinak untuk menanam durian, apa kata cuba petua berguna ini yang dikongsi oleh Sifudurian.

Menurut Sifudirian, petua ini dipelajarinya daripada seorang petani Thailand.

Apa yang menariknya, petua ini dikatakan boleh membantu untuk melebatkan durian sehingga ia berbuah di sepanjang dahan.

Kaedah ini bukan sahaja terpakai kepada pokok durian sahaja, malah ia juga boleh digunakan untuk melebatkan buah di pokok-pokok lain juga.

durian2

Durian merupakan antara buah yang paling popular di Malaysia. -Gambar hiasan

Bahan-bahan

1. 2kg telur ayam

2. 2kg gula perang

3. 1 biji ragi tapai

4. 1 botol minuman Yakult

5. 2 kotak susu segar

6. 2 biji air kelapa muda

Cara penyediaan:

1. Pertama sekali, kisar kulit telur sekali dengan isinya sampai halus mengunakan pengisar kering.

2. Kemudian, adun semua bahan ini sehingga sebati di dalam sebuah besen.

3. Selepas itu, peram selama 15 hari dan ia juga perlu digaul sekurang-kurangnya dua hari sekali.

4. Selepas 15 hari, saringkan kisaran tadi untuk mengambil pati air perapannya.

5. Asingkan daun-daun yang terlalu tua pada pokok yang akan disembur.

6. Gunakan sukatan 10ml pati bersama 20 liter air dan sembur pada permukaan daun sekali dalam seminggu.

7. Untuk kesan lebih efektif, boleh sembur dua kali dalam seminggu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain