suria

Jangan tak jumpa jalan keluar! Nurseri jual anak pokok RM1, dah boleh mula hobi berkebun

Nurseri di Kedah itu meraih perhatian ramai kerana menjual pelbagai jenis anak pokok pada harga RM1.

SEBUAH nurseri di Tanjong Radin, Pendang, Kedah tular di media sosial gara-gara menawarkan harga murah 'tidak masuk akal' kepada pelanggannya.

Menerusi perkongsian Andak2828, nurseri dikenali sebagai Mai Kebun itu menjual pelbagai jenis anak pokok pada harga serendah RM1.

"Hari ni Pak Andak sempat singgah di pusat jualan pokok, nurseri Mai Kebun. Semua mengenai pokok, terletak di Tanjung Radin.

k3

Antara pokok yang dijual.

"Yang RM1 tu anak pokok cili, terung, pelbagai jenis. Bendi, kubis, daun sup dan kacang panjang. Dalam polybag tu harga lain-lain.

"Ada semua di sini, RM1 saja. Ada tomato ceri, memang berkualiti. Pernah beli, tanam, memang elok," ujar pelanggan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan saja sedap dibuat sambal, rupanya belacan boleh jadi baja pokok cili!

Andak berkata nurseri itu turut menjual variasi pokok limau termasuklah limau purut yang semakin sukar untuk dicari pada masa ini.

"Pokok sitrus bermacam jenis buah limau. Limau Bali, limau isi putih, pokok limau buaya, termasuk pokok limau purut yang payah kita nak dapat.

k2

Pelanggan juga boleh membeli baja pokok.

"Ada juga baja, vitamin untuk pokok hiasan kita. Pokok-pokok kegunaan dapur pun ada. Mereka tanam dan jual. Pokok misai kucing dan pokok buah-buahan.

"Pokok tin dan pokok bunga matahari. Banyaklah tuan-puan boleh datang di sini. Boleh singgah Mai Kebun," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain