TARIKAN pada wajah bukan hanya lirikan mata, tapi juga senyuman manis dan menggoda. Memiliki bibir sihat tentunya bonus untuk berpenampilan lebih menyerlah di khayalak ramai. Namun masih ada yang kurang yakin dengan diri kerana masalah bibir kering, hitam dan mengelupas. Jangan bimbang kerana ada petua bagi mengatasi masalah itu. Ikuti cara mudah menerusi perkongsian di TikTok Teamon Malaysia. Bahan-bahan utama: 1. Timun 2. Gula 3. Madu Cara penyediaan: 1. Potong timun secara memanjang. Ubi bit merah juga boleh menyihatkan bibir anda. 2. Oleskan madu di atas permukaan timun. 3. Tabur gula di atas permukaan timun. 4. Gosok timun pada bibir dengan perlahan-lahan. Selain itu, anda juga boleh menggunakan ubi bit merah bagi mendapatkan bibir yang lebih menarik. Caranya mudah, anda hanya perlu menumbuk atau memarut ubi bit merah untuk mendapatkan airnya. Kemudian, campur dua sudu pelembap Vaseline bersama air ubi bit merah. Apabila sebati, anda boleh menyimpannya di dalam bekas dan sapu pada bibir sebanyak tiga kali sehari. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube