APABILA membuat pembayaran di kedai, kita biasanya akan menerima duit baki dalam bentuk wang kertas atau kepingan syiling. Namun, duit syiling yang banyak boleh memberi 'masalah' kepada kita sehingga ia terbiar berterabur di dalam beg, kereta, atas meja dan sebagainya. Di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Amira Sahari berkongsi pengalamannya membawa anak-anak untuk menukar duit syiling di sebuah mesin coin deposit di Johor. "Selalu kalau ada duit lebihan baki syiling mesti letak sepah-sepah atau rasa macam... syiling je sepuluh sen je tak apalah. Sebenarnya kalau dikira-kira duit tu walaupun satu sen tapi tetap ada nilai ya. Amaun duit syiling yang anda masukkan akan terpapar pada skrin mesin itu. "Jadi inilah hasil kami anak beranak kumpul dalam masa setahun. Orang kata sikit-sikit tapi jadi bukit. Tak sangka hasilnya banyak macam tu. Untuk Mira banyak, untuk orang lain tak pasti," ujar wanita itu. Menurut Mira, tujuan utamanya bukanlah untuk menukar duit syiling semata-mata, namun dia mahu memberi pendedahan serta pengalaman buat anak-anaknya. "Actually this one optional, boleh je nak beratur kat kaunter, tapi ambil masa sikitlah sebab certain bank kena buat appointment, kena tinggal duit tu untuk certain period dia kira dan mungkin akan ada extra charge untuk kira juga. ARTIKEL BERKAITAN: Cara pengantin ini buat ‘saving’ sebelum kahwin nampak logik... Tahu-tahu dah ada RM24,000! "So Mira decide untuk bagi pengalaman dekat anak-anak sekali, just walk in je ke mesin coin deposit ni, jadi nak buat weekend pun tak ada masalah, tenang je. "Banyak lokasi bank di Malaysia cuma tak semua branch bank ada mesin coin deposit ni," ujar Mira lagi. Cara-cara menukar duit syiling di coin deposit: 1. Pertama, anda mesti ada nombor akaun untuk bank yang dikunjungi. Kewujudan mesin coin deposit memudahkan urusan anda untuk menukar duit syiling. 2. Pergi mana-mana mesin coin deposit yang ada. 3. Sampai dekat mesin, hanya perlu masukkan nombor akaun. 4. Selepas siap, boleh terus masukkan syiling. Selepas selesai proses ini, anda boleh melihat amaun duit syiling yang tertera pada skrin dan boleh mencetak resitnya juga. Tambah Mira, kaedah ini juga sama seperti cara memasukkan wang menerusi kaedah cash deposit. "Cara ni sama je macam buat cash deposit. Lepas ni makin bersemangat nak simpan duit syiling baki tu. Semoga bermanfaat guys," ujarnya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube