suria

Bil elektrik melambung, aircond pula tak sejuk... Jom belajar 5 langkah mudah servis sendiri di rumah

Jangan lupa bersihkan filter agar pendingin hawa anda kekal sejuk dalam tempoh lama.

PENDINGIN hawa atau aircond berfungsi untuk menyejukkan kediaman daripada bahang cuaca panas.

Lama kelamaan, aircond yang dipasang akan menjadi kurang sejuk sehingga ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk membeli aircond baharu.

Sebelum membuka dompet, apa kata cuba empat langkah mudah ini untuk mencuci penapis (filter) aircond di kediaman anda.

Proses cucian mudah ini dikongsi menerusi TikTok oleh MyPakwan.

file7eu31q53e7o3n9avo79

Pendingin hawa perlu dibersihkan secara berkala untuk mengekalkan prestasinya. -Gambar hiasan

Cara-cara:

1. Ambil tangga untuk mudahkan anda mencapai aircond yang tergantung tinggi.

2. Buka penutup aircond dengan berhati-hati.

3. Tanggalkan penapis angin yang terletak di bahagian dalam.

4. Selepas dikeluarkan, anda boleh mencuci filter itu secara manual untuk membuang segala habuk yang melekat. Ia boleh dicuci dengan berus dan dibilas dengan air.

5. Biarkan filter itu kering dan pasang semula ke tempat asalnya.

Selepas melakukan proses ini, anda pasti dapat merasai kesejukan yang berbeza daripada sebelumnya.

Malah, proses cucian mudah ini boleh anda lakukan secara berkala dalam setiap tiga bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain