MENJALANI gaya yang hidup sihat merupakan satu bentuk 'pelaburan' untuk masa depan. Namun, aktiviti kecergasan yang kita ikuti pastinya kurang berkesan jika tidak dilakukan dengan cara atau kaedah yang betul. Dalam hal ini, adidas sememangnya diketahui ramai sebagai jenama berkualiti yang membekalkan variasi kelengkapan seperti pakaian, kasut, alat bantu senaman dan macam-macam lagi. Maka di sinilah terlahirnya inisiatif adiClub yang diperkenalkan jenama itu bagi memberikan pengalaman yang terbaik buat pengguna dan pelanggan mereka. Ahli adiClub bukan sahaja akan menerima tawaran serta diskaun yang berbaloi, malah mereka juga diberikan keistimewaan seperti akses awal, tiket, serta jemputan ke acara eksklusif membabitkan jenama itu. adidas menawarkan 500 mata bonus setiap kali ahli adiClub meraikan ulang tahun kelahiran. Apa yang menariknya, adiClub mempunyai empat peringkat keahlian berbeza, bermula Tahap 1 hingga Tahap 4. Semakin tinggi peringkat keahlian adiClub, maka semakin banyak kelebihan yang bakal diberikan kepada anda. Setiap ahli yang mendaftar akan menerima 50 mata secara automatik dan 50 mata lagi bakal diberikan setelah profil mereka dilengkapkan. Lebih istimewa, adidas turut menawarkan 500 mata bonus setiap kali ahlinya meraikan ulang tahun kelahiran. Selain itu, ahli adiClub juga akan menerima 10 mata melalui setiap RM4 pembelian produk jenama berkenaan. Ahli baharu yang mendaftar menerusi laman web atau aplikasi Adidas turut menerima baucar pengenalan sebanyak 15 peratus serta akses eksklusif selepas mencapai Tahap 1. Banyak tawaran menarik menanti ahli adiClub. Minggu Ahli adiClub Minggu Ahli adiClub merupakan acara dwi-tahunan yang dikhususkan untuk ahlinya sahaja. Ia direka khas bagi meraikan, memberi ganjaran dan memberi inspirasi kepada ahli adiClub kerana membuka kunci jenama terbaik itu dengan pengalaman unik, akses eksklusif, tawaran istimewa dan ganjaran. Minggu Ahli adiClub kedua tahun ini akan berlangsung dari 13 Oktober hingga 29 Oktober 2023. 1. Menangi kasut Adidas yang ditandatangani idola kegemaran anda Untuk memenangi sepasang kasut Samba yang ditandatangani oleh Hoyeon, atau kasut Superstar yang ditandatangani oleh Jennie, anda perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM399 di outlet Adidas terpilih atau dalam talian. Ahli daripada semua peringkat boleh menyertai giveaway ini daripada 13 Oktober 2023 hingga 18 Oktober 2023 dengan mengisi Borang Google ini. 2. adiClub Pro Pass - Pakej Spa Percutian Thanyapura Phuket Pengalaman percutian eksklusif yang memupuk rasa kebersamaan antara ahli. Empat pasang tiket untuk penginapan kesihatan tiga hari dua malam di Thanyapura Sports & Health Resort Phuket untuk dimenangi dengan perbelanjaan minimum RM799 di outlet atau dalam talian. Ahli-ahli dari semua peringkat yang berminat boleh mengisi Borang Google antara 19 Oktober hingga 29 Oktober 2023 untuk mengambil bahagian. Menangi empat pasang tiket penginapan ke di Thanyapura Sports & Health Resort Phuket. 3. Hadiah dengan pembelian Hadiah premium eksklusif kepada ahli semasa Minggu Ahli adiClub. Ahli adiClub daripada semua peringkat boleh menebus hadiah ini bermula 19 Oktober hingga 29 Oktober 2023, sementara stok masih ada. Beg Adidas: Ahli dengan pembelian dalam talian minimum RM399 akan layak menerima sebuah beg Adidas kecil. Ahli dengan pembelian dalam talian minimum RM799 akan layak menerima dua beg Adidas Jam tangan Adidas Originals: Ahli dengan pembelian minimum RM799 di outlet Adidas terpilih akan layak menerima jam tangan adidas Originals. Ahli adiClub berpeluang memenangi beg Adidas yang sporty ini. 3. Bengkel Anyaman Bersama Artis Hanisah Johari Bengkel kreatif interaktif yang dianjurkan dengan kerjasama artis tempatan, Hanisah Johari. Dua sesi berasingan akan dihoskan pada Sabtu, 21 Oktober, iaitu di Pusat Jenama Sunway Pyramid bermula pukul 12 tengah hari hingga 2 petang dan Pusat Jenama Pavilion daripada pukul 5 petang hingga 7 malam. Sesi terbuka kepada ahli adiClub Tahap 3 dan Tahap 4 sahaja dan peserta yang berminat boleh mendaftar melalui pautan di SINI. 4. Larian komuniti bersama ARKL Larian 4 kilometer (km) akan berlangsung pada 28 Oktober (Sabtu) di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Ahli adiClub daripada semua peringkat akan dapat mendaftarkan tempat mereka mendahului pelari lain melalui Borang Google, bermula dari 18 Oktober sementara slot masih ada. Sarapan percuma akan disediakan kepada semua Ahli adiClub semasa sesi itu. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi kasut yang ditandatangani oleh idola kegemaran anda. 5. Latihan Kekuatan di Rival KL Sempena Minggu Ahli adiClub, adidas Malaysia bekerjasama dengan Rival KL untuk memupuk interaksi melalui pengalaman senaman yang dikongsi. Sesi senaman - Memfokuskan latihan kekuatan, ia akan berlangsung pada Ahad, 29 Oktober, yang terdiri daripada sesi berikut: Sesi 1 untuk Pemula | 9 pagi hingga 10 pagi Sesi 2 untuk Pertengahan | 10 pagi hingga 11 pagi Ahli adiClub Tahap 2 atau ke atas yang berminat boleh mendaftar melalui Borang Google. Siapa cepat dia dapat. adidas bekerjasama dengan Rival KL untuk memupuk interaksi melalui pengalaman senaman. 6. Langganan Premium Les Mills+ Akses penuh kepada beribu-ribu latihan Les Mills secara eksklusif untuk ahli adiClub. Ahli yang menyertai sama ada dalam larian Komuniti dengan ARKL atau Latihan Kekuatan di Rival KL boleh mengambil bahagian dalam giveaway, dengan 20 pemenang menerima Langganan Premium Les Mills+ selama 12 bulan. Ahli yang layak boleh menyerahkan penyertaan mereka antara 19 Oktober hingga 29 Oktober 2023 melalui borang Google. 7. Akses eksklusif Minggu Ahli adiClub - Song of the Mute (SFTM), dan banyak lagi Akses eksklusif untuk Minggu Ahli ini termasuk kasut, beg pinggang, peralatan latihan dan pakaian gaya hidup akan disediakan mulai 19 Oktober dan seterusnya. Pendaftaran untuk pengaktifan Minggu Ahli akan bermula dari 13 Oktober 2023. Ahli adiClub yang berminat boleh melawat @adidasMY dan laman web adidas untuk maklumat lanjut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube