suria

Cara mudah cuci dapur, kerak hitam pun boleh lesap! Jangan terkejut tengok hasilnya, berkilat macam baru beli

Dapur yang dibersihkan kelihatan berkilat seperti baru dibeli.

BAGI mereka yang memasak setiap hari, kebersihan dapur juga perlu dijaga.

Jika dibiarkan dalam tempoh lama, kesan kotoran degil akan bertukar menjadi kerak hitam sehingga ia sukar untuk ditanggalkan.

Di TikTok, Jason Jezi turut berkongsi teknik mudah yang digunakan untuk membersihkan dapur gas di kediamannya.

Bahan-bahan:

1. Serbuk baking soda

2. Cuka

3. Tisu

4. Garam

5. Kain pengelap

Cara-cara:

d2

Pertama sekali, taburkan serbuk baking soda di sekeliling tungku dapur gas.

d3

Kedua, tuang cuka di sekeliling tungku dapur gas.

d4

Selepas itu, anda boleh meletakkan tisu di sekelilingnya dan biarkan ia selama lima minit.

d5

Selepas tisu dibuang, tabur pula tungku dapur gas dengan garam dan akhir sekali, anda boleh lap sekeliling dapur gas menggunakan kain.

Selepas melakukan teknik cucian ini, anda boleh melihat sendiri kilauan pada permukaan dapur, seolah-olah ia baru dibeli.

Yang penting, teknik cucian ini perlu dilakukan seminggu sekali agar dapur gas anda sentiasa bersih.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain