SEMUA orang tahu mencuci pakaian, namun tak semua orang tahu teknik yang betul untuk melakukannya. Kadang-kala, pakaian yang dicuci masih berbau hapak selepas dijemur kering, sekali gus membuatkan pemiliknya pening kepala. Di mana silapnya? Apakah punca pakaian berbau hapak meskipun ia telah dicuci dengan sabun dan pewangi pakaian? Jangan biarkan pakaian kotor tidak dicuci dalam tempoh yang lama. -Gambar hiasan Berikut dikongsikan enam tip agar wangian pada baju yang dicuci dapat bertahan lama. 1. Mesin basuh merupakan 'watak utama' yang perlu diberi perhatian. Jangan fikir tentang pakaian anda sahaja, sebaliknya mesin basuh juga perlu berada dalam keadaan bersih. Anda perlu mencuci mesin basuh secara berkala agar tiada kulat yang melekat sehingga menjadikan pakaian berbau hapak. ARTIKEL BERKAITAN: Cuci baju pun ada caranya... Ini 5 tip kekalkan warna pakaian supaya kelihatan baharu 2. Selain cucian biasa menggunakan mesin basuh, anda juga boleh mencuci pakaian dengan menggunakan air panas. Namun tip ini tidak perlu dilakukan dengan kerap. Sesekali sudah memadai. Nanti reput pula pakaian anda. 3. Ramai dalam kalangan kita yang suka 'memeram' baju di dalam bekas pakaian kotor sehingga seminggu lamanya. Biasalah, tunggu hari cuti baru nak cuci baju. Amalan ini sebenarnya tidak bagus. Ini kerana bakteria akan membiak dengan banyak pada pakaian yang lama tidak dibasuh. Jemur baju sehingga kering sebelum ia diangkat dan dipakai. -Gambar hiasan 4. Banyak pakaian yang nak dibasuh, tapi kita pastinya malas nak menunggu. Sebagai penyelesaian, kita 'sumbat' semua baju dalam satu cucian. Ini adalah big no! Jangan penuhkan baju sehingga overload. Cuci secara berperingkat. Kalau banyak, terpaksalah tunggu untuk beberapa cucian. 5. Selepas baju dibasuh, jangan biarkan ia terperap di dalam mesin basuh dalam tempoh yang lama. Pakaian yang masih lembab itu boleh bertukar hapak jika ia tidak dijemur di bawah cahaya dengan segera. Jadi, jangan berlengah okey! 6. Selepas dijemur, pastikan pakaian anda telah kering sepenuhnya. Jangan angkat dan terus lipat pakaian yang masih lembap. Paling penting, jangan pakai pakaian yang belum kering sepenuhnya. Ia mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan kulit anda. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube