suria

200 buah Myvi gegar Terengganu! Pengasas kelab kata kereta lain pun ada yang jadi ‘king of the road’

200 buah Myvi daripada Kelab MG3C berarak ke Terengganu pada 6 Oktober lalu.

KEMERIAHAN luar biasa dapat disaksikan di sepanjang jalan raya apabila 200 buah kereta Perodua Myvi berkonvoi dari ibu negara ke Terengganu pada 6 Oktober lalu.

Menurut pengasas Kelab Myvi Generasi Ketiga (MG3C) Mohd Affan Mohd Arif, 37, mereka berkonvoi ke sana sempena Hari Keluarga serta Mesyuarat Agong Tahunan yang diadakan di Resorts World Kijal sehingga 8 Oktober.

myvi4

Konvoi 200 buah Myvi itu memulakan perjalanan dari stesen minyak Shell MRR2.

"Kami ada 1,273 ahli di seluruh Malaysia, merangkumi empat zon iaitu sentral, utara, selatan dan pantai timur. Untuk konvoi kali ini, setiap zon hantar 50 perwakilan dan pantai timur jadi tuan rumah.

"Ada juga yang datang berpasangan. Jadi hampir 300 peserta datang menaiki 200 Myvi. Kami semua bertolak dari stesen minyak Shell MRR2 kerana Shell Malaysia adalah penaja kami.

myvi3

Peserta konvoi berada di Terengganu selama tiga hari dua malam untuk Mesyuarat Agong dan Hari Keluarga.

"Setibanya di sana, kami mengadakan acara barbeque, sukaneka, mesyuarat dan macam-macam lagi. Pada masa sama, kami turut membuat perjumpaan dengan ahli kelab Myvi dari Kelantan," ujarnya kepada mStar.

Mohd Affan yang turut dikenali sebagai Wak berkata dia menubuhkan MG3C pada 2017 selepas bergiat aktif dengan kelab kereta untuk Proton Saga dan Perodua Viva pada tahun-tahun sebelumnya.

'wak

Wak berkata setiap zon menghantar 50 perwakilan sempena konvoi kali ini.

Malah, dia turut mengalu-alukan lebih ramai lagi pemilik Myvi untuk menyertai kelab berkenaan yang mempunyai banyak manfaat serta kelebihan buat ahli-ahlinya.

"Kelab ini tidak tertumpu pada kereta semata-mata. Sebaliknya kami turut mengikuti misi bantuan kemanusiaan dan alam sekitar. Kami juga terikat dengan lain-lain agensi serta badan bukan kerajaan (NGO).

myvi7

"Ia bukan tentang hobi kereta saja. Walaupun Myvi digelar king of the road, tapi kami bukan king of the road semata-mata. Pemandu kami merangkumi semua aspek termasuk dalam misi bantuan kemasyarakatan," ujar Wak lagi.

Berbicara soal Myvi, Wak yang juga bekas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata dia peka dengan segelintir komen netizen di media sosial yang memandang negatif terhadap pemandu model kereta itu.

myvi6

Kereta Myvi turut diberi jolokan sebagai king oif the road oleh netizen Malaysia.

"Apabila berlaku kes-kes viral melibatkan Myvi, ia bukan salah Myvi sebaliknya ia salah individu, salah pemandu kereta itu. Kita menitikberatkan kepada ahli kita untuk menjadi pemandu yang profesional.

"Jentera tak salah, pemandu yang salah kalau ada berlaku sesuatu. Sebenarnya bukan Myvi saja, kereta jenama lain pun ada juga yang jadi king of the road. Jadi di sini kita boleh lihat pemandu yang buat salah, jenama kereta tak salah," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain