TINGKAP bukan sahaja berfungsi untuk pengaliran udara, malah ia juga menjadi penyeri buat sesebuah kediaman. Di Facebook, seorang pemuda dikenali sebagai Muhammad Faris Abdullah berkongsi cara untuk memasang window tint (lapisan filem tingkap) yang mana ia boleh dilakukan sendiri sahaja. "Saya suka do it yourself (DIY) misalnya rumah sewa saya ini tingkap dapurnya visible dari luar. Kadang nampak orang lalu lalang dan mereka juga boleh nampak kita yang kat dalam rumah ni. Penghuni rumah akan mendapat lebih privasi selepas pemasangan lapisan ini. "Malu la juga takut jiran-jiran nampak otot-otot yang berketak-ketak ni, risau kena gangguan. Saya decide untuk pasang sendiri tinted rumah ini mudah saja saya beli di Shopee. Search je tinted rumah macam-macam brand keluar. "Memang cantik tingkap terus jadi macam mirror lookalikes. Rumah yang asalnya flat kos rendah auto nampak macam kondo. Macam rumah saya ini saya pakai tinted warna silver black dan matt white," ujarnya dalam group Tukang Apa Hari Ini. Tip beli dan pasang: 1. Warna silver black kadar ketelusannya 80 peratus. Kalau waktu malam, dalam rumah pasang lampu boleh nampak bayang-bayang. Untuk warna silver black ini tinted akan tapis cahaya dan suasana rumah pun jadi redup, tidak panas sangat, sesuai musim El-Nino ini. Ia sesuai dipasang di bilik tidur dan ruang tamu. 2. Kalau mahukan 100 peratus privasi dan masih mahukan cahaya masuk, ambil warna matt white. Warna ini orang luar memang tak nampak. Cahaya pun masih tembus, bilik tidak gelap. Sesuai untuk dipasang di dapur. Ada privasi dan cahaya masih masuk. Produk-produk ini boleh didapati melalui pembelian dalam talian. 3. Beli saiz yang betul. Ukur saiz tingkap kemudian potong sendiri mengikut saiz sebenar tingkap. Bagi sedikit ekstra 5 hingga 10mm supaya cermin ditutup sepenuhnya ketika pemasangan. 4. Sewaktu pasang pastikan pakai air sabun yang banyak barulah cantik, tinted tak berkedut. Kalau tak ada sabun, tinted akan mudah melekat dan berkedut. 5. Untuk beginner disarankan beli ekstra dua hingga tiga keping tinted sebagai percubaan. Harga RM4 je untuk satu tingkap. Murah sangat kalau panggil tukang profesional mahal juga, mahu beratus ringgit. Kalau yang suka belajar, DIY banyak kali baru menjadi, itulah harganya try and error. Tetapi kemahiran sampai ke tua kita ada sangat berguna. Untuk tutorial pemasangan ini, anda boleh buat carian "how to install window tint" di laman YouTube. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube