suria

Menakjubkan penangan air mandian 7 daun, badan lesu kembali segar... Lelaki, perempuan boleh amal

Mandian menggunakan daun dan bunga membantu menghilangkan rasa lesu.

TUBUH rasa lesu dan tidak bermaya sering berlaku kepada kita terutamanya selepas bekerja tanpa mendapat rehat secukupnya.

Masalah ini jika dibiarkan berlarutan boleh membuatkan diri menjadi tidak bersemangat dan malas untuk ke tempat kerja..

Bagi mengatasi situasi ini, terdapat satu perkongsian tentang 'mandi daun' dibuat Sue Arukin di Facebook yang boleh diamalkan untuk mengembalikan kesegaran tubuh.

Katanya, air daun ini bukan sahaja sesuai untuk golongan ibu yang berpantang selepas melahirkan bayi, tetapi juga elok diamalkan oleh semua orang termasuk kaum lelaki.

Bahan-bahan:

1. 10 hingga 15 helai daun pandan (disiat dan simpul)

2. Segenggam daun serai wangi (diikat)

3. 20 helai daun limau purut (disiat)

4. 5 biji limau purut (ambil kulitnya sahaja)

5. 10 helai daun lengkuas (disiat)

Pelbagai jenis bunga boleh dimasukkan ke dalam air mandian daun.

6. 10 helai daun halia bara (disiat)

7. 10 helai daun jambu batu

8. 10 helai daun halia bentong atau halia biasa (disiat)

9. Air satu periuk besar (6 liter)

Penyediaan:

1. Cuci bersih semua bahan

2. Rebus semua bahan bersama air selama 1 hingga 2 jam sehingga aroma wangi benar-benar keluar. Boleh tambah air jika berkurangan.

3. Tapis dan tuang dalam bekas lain yang berisi air.

4. Tambah bunga-bunga segar seperti ros, kekwa, melati dan sebagainya.

5. Biarkan badan selama mana yang suka dan bilas selepas siap mandi.

Air rebusan daun ini digunakan untuk mandian.

Menurut Sue, mandian ini membantu membuatkan badan berasa lebih sihat, segar dan wangi.

Kaedah ini boleh diamalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali atau mengikut keperluan masing-masing.

Malah, amalan mandi daun ini boleh menjimatkan duit poket anda daripada dibazirkan untuk ke spa..

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain