suria

Grab sumbang RM1 juta bantu penduduk di Gaza

Pengguna boleh menyumbang melalui GrabPay atau GrabRewards untuk menyokong usaha MERCY Malaysia.

BERSIMPATI dengan penduduk Gaza disebabkan serangan ganas tentera Israel, Grab Malaysia berganding bahu dengan MERCY Malaysia untuk menghulurkan sumbangan ke Tabung Bantuan Palestin.

Sejumlah RM1 juta bantuan kewangan diberikan kepada MERCY Malaysia bagi mengatasi keperluan mendesak yang dihadapi oleh komuniti rentan yang terjejas di Gaza, berikutan konflik yang berterusan.

Menerusi kenyataan Grab pada Isnin, pengguna juga boleh menyumbang melalui GrabPay atau menukar GrabRewards mereka untuk menyokong usaha MERCY Malaysia, sekali gus menyumbang untuk membuat perubahan yang nyata dalam kehidupan individu yang terjejas.

"Grab Malaysia menyasarkan untuk memenuhi keperluan kritikal bagi mereka yang terjejas dengan membantu menyediakan akses kepada perubatan, makanan, bekalan air dan pelbagai lagi, dan mengutamakan kesejahteraan mereka.

"Ia juga menekankan komitmennya kepada prinsip kemanusiaan dan keamanan, dan secara keras menentang sebarang keganasan yang melanggar hak asasi manusia. Syarikat ini menyokong sebarang usaha yang membawa kepada keamanan yang berkekalan serta adil," katanya pada Isnin.

Grab Malaysia dan MERCY Malaysia sedang bekerjasama untuk mewujudkan program dan inisiatif yang mampan, dalam memastikan kesan positif yang berkekalan kepada pelbagai komuniti yang terjejas, dengan menyasarkan pemulihan segera, daya tahan dan sokongan jangka panjang.

Tambahnya lagi, bermula 8 November 2023 hingga 8 Mei 2024, Grab akan memadankan jumlah yang didermakan kepada Tabung Bantuan Palestin MERCY Malaysia melalui GrabRewards, sebagaimana pelaksanaan sumbangan amal melalui GrabRewards sebelum ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain