SETIAP pemilik kereta sedikit sebanyak perlu mempunyai ilmu penjagaan kenderaan. Antara perkara asas yang perlu diberi perhatian adalah keadaan tayar kereta setelah diguna pakai sekian lama. Keadaan jalur atau biasanya dipanggil bunga pada bahagian tayar yang sudah haus perlu ditukar untuk mengelak risiko bahaya. Bunga tayar yang menipis akan mengurangkan keupayaan untuk menyingkirkan air serta melemahkan cengkaman sewaktu brek ditekan. Lambang segi tiga boleh dijumpai pada tayar kereta. Terdapat tiga cara mudah untuk menilai keadaan tayar dan ia boleh dilakukan sendiri dengan mudah. Dikongsikan oleh seorang mekanik berpengalaman di Alor Setar, Kedah, Mohd Khairul Ramli, dia hanya menggunakan sekeping duit syiling bernilai 10 sen. Cara-cara: 1. Cari lambang berbentuk segi tiga pada bahagian tayar kereta. 2. Letak duit syiling di dalam jalur tengah pada tayar secara menegak. 3. Sekiranya perkataan 'Malaysia' yang tertera pada syiling tenggelam, bermakna tayar kereta masih dalam keadaan baik. Namun, jika perkataan 'Malaysia' sudah kelihatan, anda sudah boleh membuat pertimbangan untuk menukar tayar baharu. Ia bermaksud jalur sudah berkurang atau keadaan ini dipanggil 'tayar botak' dalam bahasa mudah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube