suria

Pembekal serai kedai tomyam tak lokek ilmu! Dedah rahsia pokok tumbuh merimbun, batang lebih gemuk

Serai yang ditanam Tariq bersaiz gemuk dan padat.

SERAI adalah antara bahan penting dan sering digunakan dalam hidangan rakyat Malaysia.

Aroma dari batang pokok ini ternyata membantu membangkitkan selera apabila dijadikan salah satu ramuan dalam resipi.

Jadi tidak hairanlah sekiranya ramai yang suka menanam serai di rumah.

Tetapi, terdapat cara yang boleh dilakukan bagi mendapatkan pokok serai yang tumbuh merimbun dan 'gemuk' berbanding biasa.

Kaedah itu dikongsikan oleh seorang pengusaha serai yang turut membekalkannya ke gerai peniaga tomyam, Tariq Syahman menerusi satu hantaran di Facebook.

Serai mampu menaikkan aroma masakan.

1. Pilih benih (serai masih berakar) yang paling gemuk dan tumbuh padat di bahagian bawah rimbunan pokok.

2. Tanam dua hingga tiga batang serai gemuk itu dalam satu lubang yang sama.

3. Condongkan batang serai supaya anak-anak serai akan tumbuh lebih banyak.

4. Siram serai yang baru ditanam dengan kerap untuk menggalakkan pertumbuhan akar.

5. Jangan guna baja tahi ayam (baja organik) bagi mengelakkan serai terkena penyakit kulat.

6. Jangan potong bahagian rimbunan serai bagi mengelakkan pokok itu menjadi kurus disebabkan terpaksa mengeluarkan daun baharu.

Re-photo shoot of Eats Shoots and Roots for Top 10 Essential Tools for Gardening.

Serai yang ditanam kebanyakannya bersaiz kecil dan tidak tumbuh merimbun.

Kaedah yang diajarkan oleh Tariq ini amat sesuai untuk mereka yang ingin menanam serai untuk dijual.

Sebagaimana dinyatakan, ia mengambil masa antara lima hingga enam bulan sahaja untuk mendapatkan serai yang gemuk dan padat.

Dalam pada itu, orang ramai yang menanam serai di kawasan kampung perlulah berhati-hati ketika mengambil tumbuhan ini.

Katanya, rumpun serai merupakan tempat yang biasa didiami haiwan berbisa seperti ular.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain