suria

Poket nipis tapi nak ‘check in’ hotel? Lelaki ini kongsi cara cari duit masa tengah sesak, usaha demi bahagiakan isteri

Lelaki ini menjual dua buah bateri lori untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran isterinya.

SETIAP orang mempunyai cara sendiri untuk membahagiakan insan yang tersayang.

Sudah pasti kita sanggup lakukan apa sahaja walaupun hidup dalam serba kekurangan.

Begitulah juga yang dilakukan seorang pekerja di sebuah bengkel di Johor ketika mencari modal untuk meraikan hari lahir isterinya.

Lelaki ini memperoleh duit hasil jualan bateri.

Sebagaimana dikongsikan di TikTok ngeng2_lomboksugeh, dia menjual dua buah bateri lori milik bapanya yang sudah tidak lagi digunakan di sebuah kedai kitar semula di Batu Pahat, Johor.

Lelaki ini memperoleh RM150.88 hasil daripada jualan dua buah bateri seberat 65.60 kilogram tersebut.

Dalam video sama, dia menggunakan wang diperoleh untuk menginap di sebuah hotel di Batu Pahat untuk isteri yang yang tercinta.

Wang jualan bateri digunakan untuk buat tempahan hotel dan barang hiasan sambutan hari jadi.

Selain itu, dia juga membeli peralatan dekorasi berjumlah RM40 di sebuah kedai serbaneka.

Seperti yang dirakamkan, si suami juga dilihat gigih meniup belon untuk dijadikan dekorasi bilik hotel.

Ujarnya, walaupun hiasannya kelihatan biasa namun dia tidak menyangka ia menuntut komitmen dan kesabaran yang tinggi.

Isteri kelihatan gembira dengan usaha suami menyambut hari lahirnya.

Sewaktu isterinya dijemput ke hotel berkenaan, kelihatan bilik sudah siap dihiasi belon, poster ucapan, hadiah berupa berus mekap dan dua potong kek.

Jelas terpancar riak wajah ceria isterinya sewaktu masuk ke bilik hotel.

Dalam pada itu, lelaki ini turut memberi pesanan kepada kaum adam agar menunjukkan semangat dalam usaha untuk membahagiakan pasangan masing-masing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain